Pertama sekali, saya nak duk habaq yang gambar dalam entri ini bukan harga emas hari ini. Tetapi harga pelaburan emas beberapa hari yang lepas semasa saya mengambil keputusan untuk membuat pelaburan emas. Sengaja saya uploadkannya dalam entri ini sebab kekurangan materiel untuk menunjukkan kepada kalian harga emas untuk hari ini.
Tips dan petua
Words of the day: mique
Okey adik-adik, we start our words of the day classes hari ini dengan perkataan baru iaitu mique. Jangan tanya maksud perkataan tu kepada saya, sebab saya akan terangkannya sebentar sahaja lagi. La ni biar kita telusuri dahulu sejarah perkataan ini.
It goes like this:
Saya dan suami tengah menonton televisyen ketika tu. Manakala Irfan dan abangnya Ikhwan sedang sibuk bermain di tepi sofa. Saya tidak pasti jenis permainan yang tengah gigih dimainkan oleh mereka berdua, tapi daripada apa yang saya dengar ianya seperti pertandingan menyanyi.
Time tu turn anak bongsu saya yang menyanyi. Selesai sahaja Irfan menyanyi, telinga saya antara dengar tidak dengar terperasaan ungkapan perkataan “mique” (baca: mi q) disertakan dengan pergerakan tangan diletakkan di bawah perut.
But at the time, saya tidak ambil kisah sangat dengan perkataan tersebut. I thought it was just another junk words, sama seperti perkataan monster hari tu. Tak lama lagi hilanglah perkataan mique daripada mulut dia, bisik hati saya.
Cara dan petua mudah mengingat
Dulu masa duk belajar, cikgu selalu pesan kepada kami, “jangan makan semut ye murid-murid, jangan makan kepala ikan dan jangan makan organ dalaman. Nanti korang jadi Superman cepat lupa”. Berulang-ulang sehingga pada satu tahap kami dah boleh ajuk bulat-bulat nada percakapan cikgu tu.
Cikgu kata lagi, kalau nak simpan pelajaran dalam kepala, korang kena minum air rebusan buku teks 3 kali sehari selama setahun. Lepas tu confirm tak lupa-lupa. Oppss… Yang tu saya tipu!
Tapikan dalam banyak-banyak petua dan cara mudah mengingat yang saya duk belajar, ada beberapa petua dan cara mengingat yang saya rasa sungguh berkesan diamalkan oleh pelajar yang tercari-cari petua tersebut. Dan yang bestnya, dengan mengamalkan petua dan cara mengingat yang satu ini, korang tak perlu lagi berpantang makan segala. Walaupun korang termakan seguni semut hitam sekalipun. Tak kisah. Korang boleh bedal apa jer yang ada di depan mata. Confirm tak lupa.
Kaedah Perancang Keluarga / Family Planning yang mana sesuai untuk kamu?
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Salam sejahtera semua. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kaedah perancangan keluarga dengan korang semua selepas menerima banyak pertanyaan mengenai persoalan tersebut dalam inbox email saya.
Mungkin pertanyaan tersebut kesan daripada penangan entri saya yang bertajuk tanda-tanda awal kehamilan sebelum ini. So atas dasar tidak mahu menghampakan permintaan peminat, maka hari ini dengan rendah hatinya saya menulis mengenai topik ini berdasarkan pengalaman sendiri.
Kalau rasa kebanyakan daripada isi saya tu nanti menyimpang daripada sudut sains dan apa yang korang tahu, tolong jangan gelakkan saya tau. Kita belajar dan kongsi sama-sama. Lagi pun dah namanya ditulis berdasarkan pengalaman sendiri, so confirm-confirmlah lebih banyak teorinya berbanding fakta. Ye dak.
Okey untuk pengetahuan korang semua, mencegah kehamilan sebenarnya boleh dilakukan dengan beberapa cara, dan antara cara yang popular ialah penggunaan alat-alatan, pengambilan ubat-ubatan atau dengan menggunakan prosedur pembedahan.
makanan yang perlu dikurangkan dalam menu diet korang
Salam sejahtera semua, hujung minggu macam ini elok benar rasanya kalau kita bercerita mengenai menu diet dan cara pemakanan kan. Sebab kebiasaannya hujung-hujung minggu macam inilah selera makan kita datang membuak-buak.
Kalau yang boleh control makan tu, syukur Alhamdulillah, teruskan usaha korang. Cuma yang merisaukan, mereka yang tak boleh tahan nafsu makan. Hah.. jenis tang tu kena sentiasa duk beringat.
Okey by the way, saya tak kata kita kena control makan dalam entri ini, tidak… tidak sama sekali. Sebab saya rasa semua dah tau rumus diet yang mudah ni, iaitu makan kurang boleh menjurus kepada metabolisme rendah. Dan bila metabolisme rendah, korang boleh bayangkan tak, apa yang akan terjadi seterusnya?
Lagi pun bila kita kurang makan, kita akan terdedah dengan kekurangan nutrisi yang tentunya membawa lebih banyak kesan buruk terhadap kesihatan kita. Tak mustahil kita akan mendapat penyakit yang berkaitan dengan pola pemakanan kita pula selepas tu.
Tanda awal kehamilan tidak semestinya tanda anda hamil.
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum semua. Baru-baru ini saya menerima banyak pertanyaan melalui email dan inbox Facebook saya daripada bakal ibu-ibu yang keliru mengenai tanda awal kehamilan mereka dengan sindrom PMS (Premenstrual Syndrome) dan IPS (Imaginary Pregnancy Symptoms).
Antaranya ialah mesej daripada
anina:
salam…
mama murai..ina nk tnya priod ina stat 30/9 till 3/10 .. sekarang ni ina rasa badan tak selesa..tekak loya..kepala pusing tak boleh diri lama..lps tu breast ina sakit..sekeliling puting ada biji2…
perut mcm org mengandung 1bln..