cara turunkan berat badan

by Mama Murai™ . on 22 March, 2012

Assalamu`alaikum dan salam blogger semua,

serius saya katakan sejak 3 minggu kebelakangan ini badan saya semakin kurus dan turun dengan jayanya. Tak tahu kenapa, tapi mungkin disebabkan oleh aktiviti mengemas rumah yang secara tidak langsung membakar lemak dan selulit yang bergentayangan di dalam badan montok saya ni terutamanya yang bermastautin di sekitar betis dan paha. Mungkinlah… just my one cent thoughts, saya sendiri tak pasti.

Lagi pun sejak berpindah ke Wilayah Persekutuan Labuan, menu hidangan saya di sini jauh lebih teratur dan terjaga berbanding semasa tinggal di Kedah dulu. Ayam dah tak sentuh, daging tolak tepi, bahkan makanan yang kini dijamah oleh saya, lebih banyak kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. And tak lupa juga kerap melakukan senaman angkat besi kat gim giteww…

Okey yang tu tipu. Ladies… please dont try it at home.

Lupakan cerita bagaimana saya menurunkan berat badan, kerana saya bukannya dari kalangan lelaki kacak yang professional pun. Apa kata kita belajar terus daripada mereka yang pakar bagaimana dan cara terbaik turunkan berat badan secara sihat.

Menurut Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan mengambil lebih banyak makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten. Ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak atau otot badan dan bukannya air seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Tambah beliau, kesilapan mengamalkan diet seumpama itu hanya akan menjadi sia-sia kerana penurunan berat badan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Langkah menguruskan badan yang paling berkesan ialah apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan secara konsisten iaitu satu kilogram setiap minggu.

Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan. Apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan yang tinggi kandungan kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkarbonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar.

“Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka ianya akan disimpan dalam bentuk lemak. Lama-kelamaan individu terbabit akan mengalami pertambahan berat badan,” ujarnya.

Oleh itu adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat daripada pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama diet menguruskan badan. Langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, diet yo-yo dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi hanya akan menemui jalan buntu.

Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan dan diet yang betul iaitu dengan;

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.
* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.
* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.
* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.
* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.

Bagaimanapun, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan ingin menurunkan barat badan, beliau perlulah merujuk dengan doktor pakar terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa program diet untuk menurunkan berat badan.

Artikel menarik yang masih segar:

41 comments… read them below or add one

1 2 3

eryati March 31, 2012 at 9:50 PM

huhuhu…kak..terasa saya dgn entri ni..ngeheheh…sbb tiap tahun asyik nak turun berat aje..tp turun sikit naik banyak..wah meriah tul kak..nak bersenam..alahai…ni la masalahnya badan ni malas sangat..

Psssssssssssstttt..mcm sebulan rasanya saya x BW..apa lg melawat mana2 blog….huhuhuu…rindu nak taip entri baru tetiap hari tp MALAS
Apa kata korang baca juga artikel terbaru eryati…Sangat menghargaiMy Profile

Reply

kimmie March 29, 2012 at 10:40 AM

BMI saya masih dlm tahap ideal, tp kalau tak di jaga ada peluang pergi ke tahap obes.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru kimmie…Wordless Wednesday 22: Lelaki Kacak dan Fire DrillMy Profile

Reply

W.HabibuRahman March 28, 2012 at 1:34 AM

nanti Mama Murai buat tips cara untuk tinggi pula ya.Saya ni pemain baskel ball,tentulah mau tinggi,ya dak??hhoho..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru W.HabibuRahman…Air Tiga Layer Memang BestMy Profile

Reply

W.HabibuRahman March 28, 2012 at 1:38 AM

e eh,cara untuk lompat tinggi lah..bukan cara untuk tinggi.. :byee:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru W.HabibuRahman…Air Tiga Layer Memang BestMy Profile

Reply

kimmie March 29, 2012 at 11:01 AM

tips utk tinggi ialah bergayut di pokok pagi2
Apa kata korang baca juga artikel terbaru kimmie…Lelaki Kacak mesti cuba aktiviti Water RaftingMy Profile

Reply

samanosuke_04 March 27, 2012 at 1:16 AM

huhu, kite pun memang dalam proses menurunkan berat badan nie.. BMI dah 24 T_T……

btw, tips yang kita ikot skarang nie ialah kurangkan gula dalam setiap benda, dan jangan minum apa² air kecuali air kosong.. huhu, saje nak bagi tips tambahan..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru samanosuke_04…Kenapa Hana Tajima Nampak Lawa Dengan Tudung Belit-belit?My Profile

Reply

Amirez March 26, 2012 at 12:15 PM

kesian tengok orang yang diet sampai tak makan nasik.
cara betulnya macam dalam entri ni. makan biar seimbang, kemudian bersenam.
bukan je boleh turunkan berat badan, sihat lagi

Reply

yas March 26, 2012 at 9:22 AM

Nasib baik badan aku maintain je dari dulu sampai skg…klau tak kompom kena buat xtvt jugak…tp kalau dh pegi keje kena berjalan dlm jarak 500 meter kire dh bersenam gak tu hari2…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru yas…[VIDEO] AWAL ASHAARI LAMAR SCHA AL YAHYAMy Profile

Reply

kimmie March 29, 2012 at 11:15 AM

dapat maintain berat badan memang bagus la, kalau boleh dapat byk berjalan pun di kira bersenam juga kot. saya pun berjalan hari – hari dari parking ke office.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru kimmie…Lelaki Kacak mesti cuba aktiviti Water RaftingMy Profile

Reply

misskonspirasi March 26, 2012 at 5:26 AM

nak diet..tapi sbb saya baik aty kesian kat makanan yg belambak kat peti ais…terutama skali eskim..agak2 mm ada tak tips menahan godaan itu? ngeh ngeh
Apa kata korang baca juga artikel terbaru misskonspirasi…Cara Atasi Sifat Malas!My Profile

Reply

Pejuang Kesenian Extreme March 26, 2012 at 2:45 AM

Kak MM bayangkan .. Ditempat kerja saya..
Depan = Pizza hut
Belakang = KFC
Kiri = Bakery House
Kanan = Mc D

Macam mana la nak kurus kalau setiap hari digoda dengan makanan2 seperti ini. Maklumlah,ketika bekerja ini,senaman jarang dilakukan.Paling kuat pun 3 kali seminggu. Kebiasaannya hanya 1 kali sahaja..jadi bila makanan tinggi kandungan lemaknya dimakan 2-3 kali seminggu,mana badan nak kurus..ye dak??
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Video Lawak Ke Der ?My Profile

Reply

kimmie March 29, 2012 at 2:25 PM

dugaan betul tu, kiri kanan depan belakang, memang kena usaha keras untuk mengelakkan makan makanan segera ni.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru kimmie…Pendapat: Apa sebenarnya yang kita mahu?My Profile

Reply

Pejuang Kesenian Extreme March 29, 2012 at 7:41 PM

Betul tu.. Kalau tidak berusaha,akibatnya memang gemuklah saya..hahah
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Koleksi Gambar MenarikMy Profile

Reply

sabree hussin March 25, 2012 at 4:09 PM

oooo ada angkat besi jugak (cuba untuk percaya)

DIET bila kita buang huruf T = DIE :evil:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru sabree hussin…Travel Insurance @ Travel Protection. Apa Kepentingannya? Jom Ambik TahuMy Profile

Reply

kakyong March 24, 2012 at 6:23 PM

ukuran BMI kakyong = 26
tp ramai yg kata , tak payah kurus2 dah.. dah sedang elok.. :smile:

ade kwn blog yg sblm jumpa kat main surh kakyong kurangkan berat.. bila dah jumpa, semua ckp tak payah.. camno tuhh..

tp tetap berjaga2 juga menjaga pemakanan.. la ni boleh menten la..
hari2 naik beskal antar anak g sekolah.. berpeluh2 macam marathon jer.. rasa segar bila dpt berpeluh satu badan..
dpt kurangkan BMI jadi 25 pun okay sikit..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru kakyong…3 Janji slot Lestary TV3 – sinopsis penuhMy Profile

Reply

Pejuang Kesenian Extreme March 26, 2012 at 3:03 AM

BMI kak Yong sama dengan BMI saya. BMI 26.
Kalau ikut betul dah terlebih ni,kena kurang sikit 1 point untuk berada didalam kumpulan berat ideal..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Video Lawak Ke Der ?My Profile

Reply

Mama Murai™ . March 26, 2012 at 5:04 AM

rajinnya kak yong bersenam… okeylah tu kak, saya rasa berat 26 tu dah kira ideal untuk kaum ibu separuh usia cam kita :)

Reply

1 2 3

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: