Assalamu`alaikum dan salam blogger semua,
serius saya katakan sejak 3 minggu kebelakangan ini badan saya semakin kurus dan turun dengan jayanya. Tak tahu kenapa, tapi mungkin disebabkan oleh aktiviti mengemas rumah yang secara tidak langsung membakar lemak dan selulit yang bergentayangan di dalam badan montok saya ni terutamanya yang bermastautin di sekitar betis dan paha. Mungkinlah… just my one cent thoughts, saya sendiri tak pasti.
Lagi pun sejak berpindah ke Wilayah Persekutuan Labuan, menu hidangan saya di sini jauh lebih teratur dan terjaga berbanding semasa tinggal di Kedah dulu. Ayam dah tak sentuh, daging tolak tepi, bahkan makanan yang kini dijamah oleh saya, lebih banyak kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. And tak lupa juga kerap melakukan senaman angkat besi kat gim giteww…
Okey yang tu tipu. Ladies… please dont try it at home.
Lupakan cerita bagaimana saya menurunkan berat badan, kerana saya bukannya dari kalangan lelaki kacak yang professional pun. Apa kata kita belajar terus daripada mereka yang pakar bagaimana dan cara terbaik turunkan berat badan secara sihat.
Menurut Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan mengambil lebih banyak makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten. Ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak atau otot badan dan bukannya air seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang.
Tambah beliau, kesilapan mengamalkan diet seumpama itu hanya akan menjadi sia-sia kerana penurunan berat badan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Langkah menguruskan badan yang paling berkesan ialah apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan secara konsisten iaitu satu kilogram setiap minggu.
Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan. Apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan yang tinggi kandungan kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkarbonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar.
“Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka ianya akan disimpan dalam bentuk lemak. Lama-kelamaan individu terbabit akan mengalami pertambahan berat badan,” ujarnya.
Oleh itu adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat daripada pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama diet menguruskan badan. Langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, diet yo-yo dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi hanya akan menemui jalan buntu.
Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan dan diet yang betul iaitu dengan;
* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.
* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.
* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.
* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.
* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.
Bagaimanapun, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan ingin menurunkan barat badan, beliau perlulah merujuk dengan doktor pakar terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa program diet untuk menurunkan berat badan.

41 comments… read them below or add one
« 1 2 3
berat badan naik juga lepas lama tak bersukan, la alhamdulillah dh turun lepas istiqamah dngn badminton
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Nazri…Kanser Boleh Diubati
setahu saya, berat kita bertambah sbb kita makan terus minum..makan, minum, makan, minum secara serentak..melainkan kita tersedak..so, try avoid makan mcm 2..tp kalau x berkesan, jangan marah yer..sbb mak saya yang dapat maklumat ni drpd seorang makcik yang mengamalkan perubatan tradisional..mak saya berubat sbb resdung..skrang ni, alhamdulillah..dah kurang dah..selalunya orang lama-lama(tua) ni kan apa yang diorang cakap btol..harap maaf jika saya terkasar bahasa..
:mrgreen:
memang berat badan naik nie…


Apa kata korang baca juga artikel terbaru TopiJerami90…Himpunan bersih 3.0
tenaga yang masuk mesti lah kurang dari tenaga yang keluar badan, baru cepat kurus. :neutral:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru incik…Chef kacak buat sushi paling mahal di dunia
Bagus diet begini .. Sekurang2nya yang tak suka makan buah dan bijirin
dapat amalkan dan akan terbiasa.. Good tips
Apa kata korang baca juga artikel terbaru nurmisnan…Earth Hour 2012 di Brunei
wau…
tips terbaik…
tq for post
Apa kata korang baca juga artikel terbaru TopiJerami90…Himpunan bersih 3.0
ajar r mcm mana nak dapat innity

Apa kata korang baca juga artikel terbaru Nizam Ijam…Majlis Pernikahan Azza Elite dan Azlan Zulaily
tiru aje apa yang mama ni buat.
hehe.. :boss:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru titan…Gua bukan Pakar Zakar..
titan xnak ajar ke?
:p
Apa kata korang baca juga artikel terbaru TopiJerami90…Himpunan bersih 3.0
« 1 2 3