Assalamualaikum,
First of all saya minta maaf bebanyak kalau artikel saya kali ini kelihatan familiar kepada korang. Serius saya sedar tutorial ni umum sangat dan mungkin telah diketahui oleh blogger peringkat medium. Tapi tak semualah kan, buktinya masih ada lagi yang bertanyakan kepada saya bagaimana untuk print screen segala.
Terlebih dahulu mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan Print screen. Print screen ialah teknik percetakan yang menggunakan jejaring tenunan untuk menyokong stensil dakwat atau dengan kata kampungnya, menangkap gambar di screen komputer.
Bagaimana menangkap gambar pada screen computer dan laptop korang?
Senang sangat. Tak payah memenatkan diri mencari software segala kerana apa yang korang perlukan di sini cuma keyboard dan mouse korang tu je. Orang tua-tua kata guna cara manual.
Jom kita sedut tutorial cara mudah print screen kat bawah,
Mula-mula cari menatang alah ni dalam papan kekunci komputer (selalunya terletak di hujung sebelah kanan keyboard korang)
untuk pengguna laptop, tekan butang fn + prt sc seperti gambar di bawah
1. Kita ambil contoh print screen fan page kat blog saya ni, mula-mula view target screen kita supaya kelihatan pada screen, kemudian tekan PrtSc SysRq atau fn + prt sc dekat keyboard korang tu (macam kat atas).
2. And then pergi dekat Paint.
3. Tekan Ctrl + V atau Tekan tab menu Edit -> Paste.
4. Ketika ini gambar yang korang save akan menjadi sangat… sangat besar. So jangan memalu untuk crop bahagian yang korang mahu secukup rasa. Lihat contoh di bawah.
5. Then cari crop untuk memotong bahagian tersebut
6. Lepas tu dia akan jadi macam ni
7. Dan akhir sekali jangan lupa untuk save kerja-kerja yang telah korang lakukan. Amacam? Taklah sesusah mana kan
Selamat mencuba.







Salam MM,
Memang betul apa yang MM cakap.Walaupun tutorial ni nampaknya macam mudah,tapi tak semua orang boleh buat,termasuklah saya.Dan alhamdulillah berkat rajin buat search di google,saya dapat juga caranya melalui artikel MM,terima kasih sekali lagi.
Mmg bnyk fungsi2 keyad nih.
ramai juga yang tidak tahu fungsi keypad tersebut.
Thanks sekali lagi buat MamaMurai….
aku guna photoscape
Betul MM, simple keyboard shorcut tapi ramai yang tak tau nak guna