Masuk bulan ini, sudah 3 kali bil Astro tidak sampai ke peti surat rumah saya. Entahlah, saya sendiri tidak tahu apa masalahnya, tapi satu yang pasti, ianya bukan disebabkan oleh alamat yang tidak lengkap atau lokasi rumah saya.
Kawasan bandar ok. Bukan ceruk desa.
Maka terpaksalah saya menelefon operator pada setiap hujung bulan bertanyakan jumlah bil semasa Astro saya tu. Lebih-lebih lagi ketika tayangan filem atau sukan istimewa di saluran Astro First.
Dan seperti biasa, tengah hari tadi ketika sibuk bertanyakan bil Astro pada bulan April kepada operator bertugas, maka sempatlah juga operator tu beritahu pada saya yang bil Astro sebenarnya boleh disemak melalui SMS!
Saya diam dan oh kan sahaja cakap operator di talian sebentar tadi… last-last dengan confidentnya saya kata kepada operator saya tahu cara tersebut, padahal… (takut operator di talian tahu yang saya sebenarnya baru sebentar tadi tahu bagaimana menyemak bil astro dengan menggunakan SMS)
Punyalah jakun… haha… jangan gelak ok. Ini pengalaman namanya.
Dan kepada yang masih tidak tahu, nah di bawah ini saya sertakan 2 cara menyemak bil Astro melalui SMS,
Cek bil Astro melalui sms:
1. Menggunakan Kad Pengenalan
Astro bal ic (masukkan no. ic korang ) dan send ke 33310
Contoh: ASTRO BAL IC 801023149123
atau
2. Menggunakan no. akaun Astro
Astro bal ac (masukkan no akaun astro korang) dan send ke 33310
Contoh: ASTRO BAL AC 1234567890
Selepas itu dia akan balas balik SMS dengan jumlah bil semasa akaun Astro anda.
Oh ye, nasib baiklah bil Astro boleh dibayar secara online kan? Cuba bayangkan kalau pelanggan hanya dibenarkan membayar bil di Bank-bank terpilih dan Pejabat Pos sahaja.
Lagi sakit… confirm mengamuk sebulan sebab tidak dapat bayar bil.
