Rasanya ramai yang sudah sedia maklum yang anak lelaki saya, Irfan adalah salah seorang penghidap ekzema yang agak teruk. Walaupun telah banyak cara saya cuba, namun tiada satu pun yang totally berkesan untuk menghilangkan kesan gatal dan ruam pada kulit badan anak saya.
Kebanyakan daripada cara yang saya praktikkan hanya bersifat sementara dan kesan ekzema tersebut pasti akan berulang beberapa hari kemudian.
Sehinggalah saya menemui beberapa info dan panduan mengenai penyakit ini dalam laman web kesihatan yang mengesyorkan ibu-bapa supaya mencampurkan sedikit bahan peluntur dalam mandian anak-anak sebagai alternatif lain bagi mengatasi permasalahan ini.
Ya! Bahan peluntur pakaian. Dan sama seperti korang yang tengah membaca blog ini, my first impression is,
“What! Are you kidding me? Agak-agak bagaimana orang boleh terfikir peluntur pakaian boleh dijadikan ubat kulit. Tak terbakor ke kulit anak saya tu nanti.”
Betul, saya berhujah melalui pengalaman. Kulit saya sendiri sekiranya terdedah terlalu lama kepada air larutan peluntur pakaian akan berubah menjadi kemerah-merahan dan mengelupas.
Apa lagi kulit anak kecil saya yang nipis tu. Speechless.
Then I continued my study and do some research in the web. And guess what, finally saya terbaca dalam timbunan artikel-artikel lama akhbar dalam talian Kosmo mengenai penemuan terbaru sepasukan penyelidik dari sebuah sekolah perubatan yang bersetuju bahan dalam peluntur pakaian boleh digunakan untuk merawat penyakit ekzema.
Begini bunyi petikan daripada akhbar tersebut,
Peluntur pakaian yang dicairkan pada paras tertentu menjadi kaedah rawatan paling mudah, murah dan selamat bagi penyakit ekzema di kalangan kanak-kanak.
Sepasukan penyelidik penyakit kulit dari Sekolah Perubatan Universiti Northwestern, Chicago, membuktikan penggunaan setengah penutup peluntur yang dicampur ke dalam tab mandi standard mampu memulihkan penyakit tersebut sebanyak lima kali ganda berbanding rawatan biasa dengan pemantauan doktor.
Rujuk : Penemuan kesihatan Kosmo
Menariknya penemuan ini sebenarnya telah lama didedahkan dalam beberapa laman web terkemuka antaranya ialah Time, ABC News.com, dan WebMD
Cuma saya sahaja yang terlepas pandang mengenainya.
So I make a decision to try this option lately. Iyelah, kalau tak cuba, manakan tahu hasilnya. Ye dak. Setiap 2 hari saya akan memasukkan ¼ penutup peluntur pakaian ke dalam tab mandian anak saya yang bersaiz jumbo, dan memandikannya dengan air campuran tu. Walaupun baunya sedikit kurang menyenangkan pada saya, tapi nampak gaya anak saya sedikit pun tidak terganggu dengan bau tersebut.
Malah dia kelihatan sangat menyukai air campuran tersebut yang saya lihat jauh lebih putih dan bersih kondisinya berbanding air biasa. Something new for him, maybe.
Oh ye… untuk pengetahuan korang juga, setakat artikel ini ditulis sudah 3 kali anak saya menggunakan air mandian yang bercampur dengan larutan peluntur tu. Dan sepanjang menggunakannya, belum pernah dia menunjukkan tanda-tanda ataupun gejala ganjil yang lain. Kulitnya tetap kuning langsat, rambutnya masih tetap hitam dan kesihatannya masih tetap dalam keadaan yang baik. Bezanya ialah ekzema yang semakin berkurangan walaupun dalam tempoh ini dia banyak melanggar pantang larang dan penyebab ekzema.
As I mention before, so far so good. Saya tidak pasti itu adalah kesan daripada pemakaian air campuran tersebut atau disebabkan oleh faktor lain. Yang penting sekali penyakit ekzemanya sembuh.
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor/pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.
Sebarang maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam blog ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Blog ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

peluntur jenis ape ye?
.. berape baru nampak kesan nye?
Untuk kes anak saya, saya menggunakan peluntur berjenama clorox. Sila pastikan bahawa larutan peluntur dalam kuantiti yang dijelaskan, serta hindarkan daripada terminum atau terkena mata. Anda boleh melihat hasilnya dalam masa seminggu. Pada masa itu, ruam-ruam dan kegatalannya akan semakin berkurangan.
salam….i’m excited…sbb sy pn ade ekzema jgk…gonna try this solution….thanks bebyk
salam yna, thank you for reading my article… cubalah, mana le tau ianya sesuai untuk yna. As long as you dont drink the water
kata mentua saya kena bg anak2 makan belut selalu, nanti kulitnya tahan gatal
ohh… mungkin petua mentua awak boleh digunakan sebagai option lain untuk masalah ni.
anak saya pun menghidap ekzema..boleh percaya ke kaedah ni..so far now mcm mana..still ber ulang atau ada perubahan ketara..takut effect jangka masa panjang plak..emm
like i said before, ekzema anak saya semakin berkurangan. Saya tak pasti ianya kesan daripada penggunaan larutan peluntur itu atau tidak, but what i know is ianya memang pretty good for him. Pasal kesan jangka panjang tu, minta maaf ye min, saya sendiri pun tak pasti, apa yang saya tahu bahan peluntur sememangnya bagus untuk menghapuskan bakteria, sampaikan ianya digunakan untuk memandikan jenazah pesakit Aids.
Ok fine, sebenarnya saya akui saya pun kurang percaya dengan kaedah ini, sebab tu kalau awak baca dalam perenggan-perenggan terakhir tu saya dah tulis yang saya mengambil pendekatan berhati-hati dengan memandikan anak saya setiap 2 hari sekali sahaja. Kira try and error lah ni
ha..sesapa ada masalah ni, bolehlah cuba ye..
betul tu titan, tapi macam yang saya tulis di bahagian disclaimer, rujuk kepada doktor kesihatan anda terlebih dahulu sebelum mencubanya.
info yg berguna bila tiba masanya…
betul tu Ummi, ianya boleh dijadikan rujukan bila perlu nanti.
Banyak maklumat zaman ni.. Kalau zaman dulu – antar doktor or pi bomoh jer
sekarang ni pun masih ramai lagi yang percayakan bomoh dan perubatan tradisional…
erk. kalau terminum air tu takpe ke..
tak boleh terminum kot… tak pasti pulak, tapi kalau boleh elakkanlah daripada terminum…