Bila saya lihat satu persatu blog melayu yang ada di alam maya ini tersungkur layu kerana gagal mendapatkan wang internet, saya sedih. Kesian melihat mereka kerana gagal mendapatkan panduan yang secukupnya daripada senior-senior yang sudah lama berjaya. Saya akui ada di antara senior-senior tersebut yang baik hati berkongsi rahsia kejayaan masing-masing dengan pembaca, malangnya tidak ramai yang memberikan tips berdasarkan pengalaman sendiri. Kebanyakannya hanya memberikan tips mudah yang tidak banyak membantu pemblog baharu.
Bertitik-tolak daripada itu, saya dengan serendah hati telah mengambil inisiatif sendiri dengan mencatat segala rahsia traffik yang saya amalkan selama ini untuk dijadikan panduan kepada pembaca yang berminat mengetahuinya. Semoga ianya bermanfaat.
1. Buat artikel mengenai gosip
Saya rasa semua dah tahu, blog yang bercerita mengenai artis dan gosip merupakan blog nombor 1 di Malaysia. Apa ironinya itu? Rakyat kita memang inginkan cerita hiburan sahaja! Oleh itu perbanyakkan artikel gosip. Kalau anda tidak suka menyebarkan aib artis, anda boleh menukarkannya kepada entri perkahwinan artis, pra perkahwinan artis, cerita artis mendapat anak, artis bertudung, berita artis meninggal, filem dan lirik lagu terbaru artis kegemaran anda.
2. Review filem dan drama.
Pastikan anda ringan tulang untuk menulis drama terbaharu yang sedang atau akan muncul di kaca tv. Kecilkan skop review tersebut kepada drama di TV3 dan TV9 kerana realitinya tidak semua rakyat Malaysia mempunyai Astro. Untuk pengetahuan anda, slot-slot yang ada di TV3 sebenarnya banyak menyumbang kepada limpahan traffik organik sesebuah blog berikutan jumlah cariannya yang sangat tinggi.
3. Info yang menarik
Selitkan info yang menarik dalam blog anda seperti keputusan perlawanan bolasepak luar dan tempatan, live streaming, acara sukan yang sedang dan akan berlangsung, maklumat umum semasa dan berita hangat.
4. Jangka kata kunci yang mungkin akan menjadi ‘hot keywords’
Menulis blog sama seperti putaran roda, kalau pun tidak hari ini, mungkin besok lusa ianya akan menjadi topik carian. Persiapkan diri anda dengan hot keywords yang mungkin dan akan dicari oleh pengguna, contohnya keywords di bawah.
Awal tahun
1. Keputusan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 dan 4
2. Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
3. Semakan keputusan SPM
4. Semakan keputusan STPMPertengahan tahun
1. Muet
2. Keputusan kemasukan ke IPTA & IPTS
3. Kertas julai SPM
4. Hala tuju pelajar selepas peperiksaanHujung tahun
1. Kertas ramalan UPSR, PMR, SPM & STPM
2. Tips untuk lulus peperiksaan
3. Doa-doa untuk lulus peperiksaan dan persiapannya
4. Borang UPU
5. Semakan keputusan UPSR & PMRSebulan sebelum hari raya
1. Perkara yang membatalkan puasa
2. Pantun dan sms lucu hari raya
3. Cara mandi sunat hari raya
4. Cara solat sunat hari raya
5. Kombinasi kata kunci dengan perkataan panas.
Jangan hadkan kreativiti menulis anda disebabkan status blog anda yang bersifat personal. Selitkan kata-kata kunci yang hangat seperti cerita dan nama artis, resipi, informasi dan berita semasa dalam setiap artikel peribadi anda. Atau sekurang-kurangnya bergurau kepada pembaca dengan menggunakan kombinasi kata kunci panas, contohnya meyamakan baju yang anda sedang pakai dengan baju milik Fasha Sandha dalam salah satu drama atau filem lakonannya. Lebih kreatif dan pelbagai cerita anda, lebih baik kesannya kepada blog.
6. Tulis sesuatu yang baru
Menulis blog sama seperti menjalankan sebuah perniagaan, perlukan inovasi yang berterusan. Untuk menjadi pemblog yang sukar dilupai, anda perlulah belajar untuk menulis artikel yang betul-betul membunuh, kreatif dan kedengaran sedikit kontraversi.
7. Blogwalking.
Selalu benar saya tekankan perkataan ini kepada pemblog, blogwalking… blogwalking… jangan malas. Tidak ada satu pun blog yang duduk menanti pengunjung (kecuali yang tahu mendapatkan traffik dengan menulis entri SEO). Apa lagi kalau anda orang kebanyakan seperti saya. Kembangkan network dan tambah lebih ramai rakan terlebih dahulu sebelum berdiri di kaki sendiri. Sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai pengunjung sekiranya Pagerank dan SEO anda tidak ke mana.
8. Beri komen yang membina di blog lain.
Komen yang menarik dan lantang selalunya akan menarik perhatian pemblog lain kepada anda. Kurangkan komentar pendek yang menampakkan kamu hanya berniat meninggalkan jejak ke dalam blog orang lain. Sesuaikan komen dengan isi yang sedang diulas. Ianya bukan sahaja menunjukkan kredibiliti anda sebagai penulis, juga menunjukkan betapa berminatnya anda dengan tulisan tersebut, seterusnya memperbaiki hubungan anda dengan pemblog.
9. Kukuhkan nama blog anda
Salah satu cara efektif untuk memperkukuhkan jenama blog anda ialah dengan menjadi guest blogger dan mengadakan promosi yang berterusan. Jangan malu menyebarkan nama blog anda kepada web lain untuk dikenali seperti mana yang pernah dilakukan oleh pemblog terkenal Beautifulnara beberapa tahun dahulu. Bunyinya seperti terdesak untuk mendapatkan traffik, tapi percayalah ianya memang cukup berkesan untuk jangka masa panjang.
10. Menulis artikel menarik
Apa itu artikel menarik? Artikel menarik tidak hanya bermaksud info dan hiburan, ianya mencakupi hal yang cukup luas. Kadang-kadang kisah kehidupan anda juga bisa membuatkan orang terpesona. Pada saya artikel menarik ialah sebuah cerita unik dengan adunan penulisan yang cukup baik. Apa lagi bila ianya sesuatu yang jarang dibaca dan terfikir oleh pembaca.
11. Tulis, tulis dan terus tulis
Bila semua langkah di atas telah anda ambil, teruskanlah menulis kerana pada tahap ini, pembaca setia anda tidak akan mempertikaikan apa jua artikel yang anda tulis. Walaupun tulisan tersebut hanya sekadar memberitahu talian internet anda bermasalah.

hmm~ bermanfaat~ :boss:
artikel terbaru namo den…Picture of a strong man
Terima kasih MM utk tips ni. Byk tips ni. InsyaAllah saye nak gunakan lepas ni.
Tp no 1 dan 2, mmg tak masuk senarai saye :smile:
artikel terbaru hafizmd…Wordless Wednesday Buku 5
Twitter: mamamuraidotcom
March 22, 2012 3:09 am
terima kasih kembali kerana sudi membuang waktu untuk membaca entri yang tak seberapa tu hafiz, semoga ianya memberikan pencerahan kepada semua.
menariknya info blog awak ni….TQVM atas info…^___^
ada lagi cara lain utk naikkan trafik adalah dengan sertai Rakanblog.com …exchange website utk bantu membantu sesama bloggers. percuma saja…dan telah terbukti…..
TQ mama murai dgn info ni…ada antaranya tips baru saya tau..dan ada yg sy=udah berulang2 kali sy baca di blog lain…erm…agak2 bila la blog sy mampu berdiri dengan teguh ya…ehehhehehe
artikel terbaru eryati…Tu baru status kau budak sekolah…kalau sudah kawin?
dah berulang-ulang aku baca entri ini… tapi masih belum dpt ummphhhnya lagi… Insyallah suatu hari nanti
artikel terbaru penadigital…Alvin and The Chipmunks berkelana lagi
Menarik, sangat Menarik Artikel dan Tipsnya. boleh dicoba. salam sukses
pedih mata membaca entri di atas dari a >>>z, pedih lagi hati sebab bukan semuanya tu mudah untuk diapplikasi, kecuali kalau memang betul2 berbakat dalam penulisan, pendek kata semuanya kena berkualiti, dari blogwalking yg semudah a,b c… memilih keyword panas hinggalah menulis artikel menarik….
artikel terbaru penadigital…WAZZUB, the world’s first PROFIT SHARING PHENOMENON is going VIRAL!
Twitter: mamamuraidotcom
February 5, 2012 5:08 pm
janganlah mengalah sebelum berjuang… saya rasa kesemua tip di atas tidaklah sesukar mana untuk dibuat, kalau saudara nak tahu, ramai yang sudah berjaya dengan menggunakan tip di atas.
tips awal2 tu memang perfect untuk target SEO.. tweak2 SEO betul2 memang meletup.. tips last sekali best,tulis dan terus tulis.. tapi nak tulis gosip ni kadang2 sumber belum tentu betul..susah..
artikel terbaru Izwan…Nikmatnya Sambal Kicap Johor. Pernah Rasa Tak?
lagi satu, jangan lupa ping di kartikel.com

artikel terbaru kartikel.com…1MALAYSIA CORPS BAKAL DILANCARKAN SECARA BESAR-BESARAN
Twitter: mamamuraidotcom
February 5, 2012 1:24 pm
betul tu, lepas ping jangan lupa bubuh komen sekali kat blog tu supaya dapat backlink.
macammana nal ping tu
artikel terbaru errah…Quick Update
Twitter: mamamuraidotcom
February 11, 2012 5:54 pm
Ish… errah yang tu gurauan je lah. Kalau nak ping blog, errah kena ping kat google, bing, yahoo, aol dan pelbagai lagi web yang menawarkan perkongsian maklumat.
Tips yang bagus dan boleh dipraktikkan, cuma kalau untuk blog niche di Malaysia ni, susah sikit sebab kebanyakan rakyat Malaysia lebih minat hiburan, artis dan blog rojak! :smile:
artikel terbaru Harfiz Perniagaan Internet…Komisen Affiliate Produk Fizikal – Buat Duit dengan Affiliate
Twitter: mamamuraidotcom
February 1, 2012 9:22 pm
Betul, sebab itu kita perlu sediakan sekurang-kurangnya 2 buah blog. Tapi percayalah, kalau kena pada tempat, ianya memang berbaloi.
tips2 yg bagus oleh penulis yg tak kedekut ilmu .. syabas n thanx … alhmdllh hampir kesemua tips tu dah diamalkn , cume kena asahkan skill …

artikel terbaru Ummi Hanie…Pengalaman kena denda di Sekolah
Tips ni kalau diamalkan memang mampu menjana trafik.Cuma serius atau tidak sahaja..hehe
Gosip? Orang memang suka membaca kisah gosip. Pandai menulis kemudian pandai buat networking. Insyaallah sekejap sahaja dapat trafik.

artikel terbaru Fahmi Raazali…Ditahap Manakah Keyakinan Kita?
Nice tips thank you
artikel terbaru Ahmad Hati…Borang Permohonan Penyertaan SARA 1Malaysia
Oh…patut la ada blog suka review aneka keputusan exam kat Malaysia ni. walhal dia bukan guru dan xde anak2 sekolah lagi.hehe.. rupanya ada maksud tersirat. Apa2 pun kita kena pandai rebut peluang ya dah. Tq atas tip2 nya mama :boss:
artikel terbaru MEKAR…Miang Khum…Appertizer Unik dari Thailand
Twitter: mamamuraidotcom
February 1, 2012 8:22 pm
menulis blog umpama menulis skrip drama Mekar, perlu ditulis ibarat realiti sebenar untuk menambahkan keasyikan kepada jalan ceritanya. Terima kasih kembali kerana sudi berkunjung ke teratak buruk saya.
Terbaik tips-tips ni!

artikel terbaru samdaddycool…Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah Kerjaya lepasan SPM arkitek atau jururawat