Cara mendapatkan traffik

Bila saya lihat satu persatu blog melayu yang ada di alam maya ini tersungkur layu kerana gagal mendapatkan wang internet, saya sedih. Kesian melihat mereka kerana gagal mendapatkan panduan yang secukupnya daripada senior-senior yang sudah lama berjaya. Saya akui ada di antara senior-senior tersebut yang baik hati berkongsi rahsia kejayaan masing-masing dengan pembaca, malangnya tidak ramai yang memberikan tips berdasarkan pengalaman sendiri. Kebanyakannya hanya memberikan tips mudah yang tidak banyak membantu pemblog baharu.

Bertitik-tolak daripada itu, saya dengan serendah hati telah mengambil inisiatif sendiri dengan mencatat segala rahsia traffik yang saya amalkan selama ini untuk dijadikan panduan kepada pembaca yang berminat mengetahuinya. Semoga ianya bermanfaat.

1. Buat artikel mengenai gosip
Saya rasa semua dah tahu, blog yang bercerita mengenai artis dan gosip merupakan blog nombor 1 di Malaysia. Apa ironinya itu? Rakyat kita memang inginkan cerita hiburan sahaja! Oleh itu perbanyakkan artikel gosip. Kalau anda tidak suka menyebarkan aib artis, anda boleh menukarkannya kepada entri perkahwinan artis, pra perkahwinan artis, cerita artis mendapat anak, artis bertudung, berita artis meninggal, filem dan lirik lagu terbaru artis kegemaran anda.

2. Review filem dan drama.
Pastikan anda ringan tulang untuk menulis drama terbaharu yang sedang atau akan muncul di kaca tv. Kecilkan skop review tersebut kepada drama di TV3 dan TV9 kerana realitinya tidak semua rakyat Malaysia mempunyai Astro. Untuk pengetahuan anda, slot-slot yang ada di TV3 sebenarnya banyak menyumbang kepada limpahan traffik organik sesebuah blog berikutan jumlah cariannya yang sangat tinggi.

3. Info yang menarik
Selitkan info yang menarik dalam blog anda seperti keputusan perlawanan bolasepak luar dan tempatan, live streaming, acara sukan yang sedang dan akan berlangsung, maklumat umum semasa dan berita hangat.

4. Jangka kata kunci yang mungkin akan menjadi ‘hot keywords’
Menulis blog sama seperti putaran roda, kalau pun tidak hari ini, mungkin besok lusa ianya akan menjadi topik carian. Persiapkan diri anda dengan hot keywords yang mungkin dan akan dicari oleh pengguna, contohnya keywords di bawah.

Awal tahun
1. Keputusan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 dan 4
2. Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
3. Semakan keputusan SPM
4. Semakan keputusan STPM

Pertengahan tahun
1. Muet
2. Keputusan kemasukan ke IPTA & IPTS
3. Kertas julai SPM
4. Hala tuju pelajar selepas peperiksaan

Hujung tahun
1. Kertas ramalan UPSR, PMR, SPM & STPM
2. Tips untuk lulus peperiksaan
3. Doa-doa untuk lulus peperiksaan dan persiapannya
4. Borang UPU
5. Semakan keputusan UPSR & PMR

Sebulan sebelum hari raya
1. Perkara yang membatalkan puasa
2. Pantun dan sms lucu hari raya
3. Cara mandi sunat hari raya
4. Cara solat sunat hari raya

5. Kombinasi kata kunci dengan perkataan panas.
Jangan hadkan kreativiti menulis anda disebabkan status blog anda yang bersifat personal. Selitkan kata-kata kunci yang hangat seperti cerita dan nama artis, resipi, informasi dan berita semasa dalam setiap artikel peribadi anda. Atau sekurang-kurangnya bergurau kepada pembaca dengan menggunakan kombinasi kata kunci panas, contohnya meyamakan baju yang anda sedang pakai dengan baju milik Fasha Sandha dalam salah satu drama atau filem lakonannya. Lebih kreatif dan pelbagai cerita anda, lebih baik kesannya kepada blog.

6. Tulis sesuatu yang baru
Menulis blog sama seperti menjalankan sebuah perniagaan, perlukan inovasi yang berterusan. Untuk menjadi pemblog yang sukar dilupai, anda perlulah belajar untuk menulis artikel yang betul-betul membunuh, kreatif dan kedengaran sedikit kontraversi.

7. Blogwalking.
Selalu benar saya tekankan perkataan ini kepada pemblog, blogwalking… blogwalking… jangan malas. Tidak ada satu pun blog yang duduk menanti pengunjung (kecuali yang tahu mendapatkan traffik dengan menulis entri SEO). Apa lagi kalau anda orang kebanyakan seperti saya. Kembangkan network dan tambah lebih ramai rakan terlebih dahulu sebelum berdiri di kaki sendiri. Sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai pengunjung sekiranya Pagerank dan SEO anda tidak ke mana.

8. Beri komen yang membina di blog lain.
Komen yang menarik dan lantang selalunya akan menarik perhatian pemblog lain kepada anda. Kurangkan komentar pendek yang menampakkan kamu hanya berniat meninggalkan jejak ke dalam blog orang lain. Sesuaikan komen dengan isi yang sedang diulas. Ianya bukan sahaja menunjukkan kredibiliti anda sebagai penulis, juga menunjukkan betapa berminatnya anda dengan tulisan tersebut, seterusnya memperbaiki hubungan anda dengan pemblog.

9. Kukuhkan nama blog anda
Salah satu cara efektif untuk memperkukuhkan jenama blog anda ialah dengan menjadi guest blogger dan mengadakan promosi yang berterusan. Jangan malu menyebarkan nama blog anda kepada web lain untuk dikenali seperti mana yang pernah dilakukan oleh pemblog terkenal Beautifulnara beberapa tahun dahulu. Bunyinya seperti terdesak untuk mendapatkan traffik, tapi percayalah ianya memang cukup berkesan untuk jangka masa panjang.

10. Menulis artikel menarik
Apa itu artikel menarik? Artikel menarik tidak hanya bermaksud info dan hiburan, ianya mencakupi hal yang cukup luas. Kadang-kadang kisah kehidupan anda juga bisa membuatkan orang terpesona. Pada saya artikel menarik ialah sebuah cerita unik dengan adunan penulisan yang cukup baik. Apa lagi bila ianya sesuatu yang jarang dibaca dan terfikir oleh pembaca.

11. Tulis, tulis dan terus tulis
Bila semua langkah di atas telah anda ambil, teruskanlah menulis kerana pada tahap ini, pembaca setia anda tidak akan mempertikaikan apa jua artikel yang anda tulis. Walaupun tulisan tersebut hanya sekadar memberitahu talian internet anda bermasalah.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

48 pendapat yang cukup istimewa… add one

  • tips yang sangat baik. wajib jadikan sebagai panduan

    Balas
  • wahh..info yang menarik ni.. mitak izin untuk share kat blog yer..

    Balas
  • keyword panass .. tengah belajar camna nak buat :)

    Balas
  • saya suka info awk..saya baru brmula dan msih bnyk kkrgn dlm blog ni…

    Balas
  • hehe.. setuju juga, tapi terpulang la pada blogger.. apa pun yang last tu yang paling tepat, dlm masa yang sama study SEO… :)

    Balas
  • Saya suka tips-tips tu semua. Malangnya saya tak suka menulis tentang artis, review cerita dan darama dan gosip-gosip tu. Apa yang mampu saya lakukan ialah tulis je artikel dan cerita-cerita mengikut pandangan diri sendiri. Kemudian buat blogwalking. Lama-lama jadi penat juga. Tu yang traffik turun naik. Bila kita rajin blogwalking, trafik mencanak naik. Kalau malas.. takde la orang datang.

    Balas
  • panduan yg ikhlas lah mama..

    kalau yg first bab artis tu nak buat kelainan sikit, nasihatkan artis2 kita kat malaysia ni..ekekek

    kalau yg terakhir tu plak..tulis je apa ada setiap hari.. :D

    Balas
    • Susah rasanya nak menasihati artis sebab bukan semua artis ada masa untuk membaca blog. :) Tetapi mungkin peminat artis tersebut boleh jadikan itu sebagai sempadan. Ya apapun boleh jadi sebab kotak pemikiran manusia tidak sama. Yang berubah tidak semestinya yang dinasihati. :)

      Balas
  • serius saya setuju dengan tip yg mamamurai senaraikan

    Balas
    • Ini bukan setakat tip, tapi adalah tunjuk ajar berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya sebenarnya kecewa kerana terlalu ramai sangat pemblog otai yang hanya berkongsi pendapatan mereka dengan pembaca, tapi tak berusaha sedikit pun untuk menunjuk ajar mereka yang baru bertatih bagaimana untuk mendapatkan hasil yang sama seperti mereka.

      Balas
  • Salam…terima kasih Mama Murai sebab kongsikan semua ni…sangat-sangat pemurah sebab zaman sekarang sekecil-kecil maklumat/ilmu boleh dijual…heheh…berkenaan keywords tu saya banyak belajar bila tengok statistik blog saya ada keyword yang masuk tapi tiada dalam tag/artikel…dari situ boleh belajar macamana pengguna cari maklumat yang mereka hendakkan dan boleh saya eksploit dari situ untuk masa depan :grin:

    Balas
    • Waalaikumussalam ReddersCreepers,
      terima kasih kembali kerana sudi berkunjung ke teratak buruk saya. Mana yang baik cuba aplikasikan, jangan setakat baca. Cari duit kat internet tak susah sebenarnya kalau tahu cara dan jalan yang betul.

      Balas
  • Tips yang menarik… Semoga dpt membantu mereka yg masih keliru..
    Yg jangka keyword tu, mmg setiap akhir tahun ada jer org cari doa2 utk peperiksaan. :)

    Balas
    • Betul Azuan, keywords tu memang akan dan sentiasa berulang setiap tahun. Ada banyak lagi contoh keywords berulang tapi sengaja saya tak bubuh kerana ingin mengurangkan jumlah askara…

      Balas
  • Mengulas mengenai poin 1 sampai 4,kita semua boleh memanfaatkan berita dan isu semasa tidak kira dari perkembangan politik mahupun kisah artis dengan menggunakan keyword yang panas.Tapi adakalanya,ada keyword untuk entri tersebut yang cepat panas dan cepat sejuk.Jadi sebagai langkah penyelesaian untuk masalah keyword yang sejuk ialah mengaplikasi poin no 11. :boss:

    Balas
  • Kekadang juga Benjy merasakan penulis blog ini bukan sekadar hendak mendapatkan income tetapi lebih kepada kepuasaan berkraya. Mungkin tidak keterlaluan Benjy mengatakan bahawa setiap blogger mempunyai sebab tersendiri untuk menulis blog bukan semata-mata kerana income … mungkin …

    Balas
  • Tip yang mahal harganya tetapi diberi secara percuma … sungguh murah hati Mamamurai ni. Kalau pada hari pertama Benjy mula menulis blog dapat tips ini alangkah seronoknya kini secara jujurnya 80% tips tersebut telah Benjy ketahui dan terima kasih untuk tips yang 20% lagi tu :grin:

    Balas
  • tadi aku try nak komen. tapi tak leh plak..

    Balas
  • sepanjang berblogwalking.. saya pernah jugak jumpa blog yang tak seberapa, biasa-biasa dan masih muda, mentah, remaja beri tips mengenai cara-cara buat duit melalui blog, dan cara-cara nak tarik trafik. hmm..

    Okeh.. for sure dia nak kongsikan apa yang dia tahu semata-mata. Mungkin memang itulah niat asalnya..

    Memang jarang orang beri tips berdasarkan pengalaman, yang beri berdasarkan pengetahuan tu ramai. Nampak indah di teori, tapi mustahil berhasil dalam amali

    Balas
  • terima kasih mama atas tip atau ilmu yang sangat berguna ini pada saya yang baru berkecimpung dalam penulisan blog…

    Balas
    • mungkin 10 tahun dari sekarang tips ini hanyalah 20% daripada keperluan pada masa itu kerana teknologi blog semakin berkembang, apa yang penting teruskan menimba ilmu. Benjy percaya tips ini lebih berharga daripada e-book yang ada dipasaran sekarang ini percayalah :grin:

      Balas
    • Terima kasih kembali kerana sudi berkunjung ke teratak buruk saya dan menghargai hasil tulisan tu. Mana yang baik, saya harap awak aplikasikan kerana apa yang saya ajar memang betul dan berkesan untuk mendapatkan wang internet…

      Balas

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: