cara-cara meningkatkan traffik sebenarnya ialah SEO yang baik

by Mama Murai™ . on 4 February, 2011 · 18 comments

traffik

credit to owner

Saya sebenarnya tidak tertarik kepada angka-angka pengunjung yang datang ke blog saya, pendapat saya biarlah pembaca sendiri yang tahu kewujudan blog ini. Sebab itulah saya mengambil pendekatan belasah dan tulis tanpa perlu memikirkan hal-hal yang kompleks. Tetapi setelah melihat pola pelawat blog saya yang semakin menjunam, saya terpaksa akui bahawa kesilapan terbesar saya ialah memandang remeh pelawat organik. Rupanya pelawat organiklah yang menjadi kunci kepada kejayaan blog saya selama ini.

Apa yang saya perhatikan daripada analitik Nuffnang, kebanyakan pelawat yang berkunjung ke blog saya ialah mereka yang sudah tahu kewujudan blog Mama Murai. Pendek kata pengunjung berulang. Kata kuncinya juga mudah iaitu “mama murai, blog mama murai dan mamamurai.com” selebihnya kosong. Kalau pun ada cuma beberapa kata kunci yang secara kebetulan ada pada artikel gosip saya yang terdahulu. Ini jauh berbeza dengan apa yang saya perolehi semasa mengendalikan blog gosip. Tajuk panas sentiasa menerima kunjungan ribuan pengunjung. Jadi saya terfikir, kenapa saya tidak mengambil peluang ini sebagai salah satu medium pengiklanan percuma.

Lagi pun sampai bila hendak bergantung kepada pembaca yang menjadi pembaca senyapkan? Percayalah mereka juga tidak akan dapat membantu mempromosikan blog saya.

Sekarang ini setiap kali menulis saya akan pastikan keywords yang saya gunakan dapat bersaing di muka hadapan google. Mungkin agak sukar untuk saya yang baru ber’PR’ 0 ini menyaingi blog lain yang jauh lebih tinggi PR-nya. Tidak apa, sekurang-kurangnya saya mencuba bukan? :)

Saya juga akan mengubah artikel saya kepada yang lebih mesra pengguna dan berpotensi menjadi kata kunci mengikut acuan sendiri. Pendek kata saya akan cuba mengambil kesempatan daripada jutaan pengguna yang fasih berbahasa melayu di dunia ini sebagai skop pembaca. Siapa tahu mereka berpotensi menjadi pembaca tetap blog saya.

Oh ya, sebelum terlupa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Azuanrazi kerana banyak menulis dan menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya SEO dalam penulisan blog. Tulisannya memang mudah untuk difahami dan terperinci. Paling penting kita tidak perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mempelajari teknik yang beliau cuba sampaikan.

Artikel menarik yang masih segar:

{ 17 comments… read them below or add one }

1 2

cikgufaezah February 11, 2011 at 1:09 AM

dulu, memang tak berapa pandai nak guna seo ni, camana nak buat pun tak reti. Tapi bila dah belajar sana-sini, lawat macam-macam blog. Barulah faham sikit-sikit.. :smile:
Jom baca artikel terbaru cikgufaezah …. Headache always attack me everydayMy Profile

Reply

Mama Murai™ . February 11, 2011 at 2:34 PM

Assalaamu`alaikum cikgu,
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjejakkan kaki ke teratak buruk saya ini. Selamat datang. Saya pun sebenarnya tidak mahir sangat mengenai SEO, cuma ada ilmu yang saya praktikkan jelas berkesan untuk diamalkan dan sesuai dikongsikan bersama penulis blog yang lain.

Reply

mekar February 8, 2011 at 12:03 PM

Mekar pun masih baru. Masih mencari2 kawan. Seo ada manfaatnya. Tapi buat permulaan saya nak mantapkan penulisan dan harap banyak idea dapat dicurahkan dlm blog saya nanti. ;)
Jom baca artikel terbaru mekar …. Samosa DagingMy Profile

Reply

Mama Murai™ . February 9, 2011 at 5:57 PM

Assalamu`alaikum Mekar,
terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak buruk mama. Insya Allah semoga Mekar dikurniakan akal yang cerdas untuk terus menulis dan berkongsi idea dengan mereka yang lain. Jangan risau saya turut menyokong Mekar.

Salam manis dari saya buat Mekar..

Reply

hafizmd February 8, 2011 at 1:27 AM

Banyak benarnya pada apa yang MM sebutkan di atas. Bila saya amati, rupa-rupanya pengunjung yg singgah di blog saya juga tidak ramai yg organik..

SEO sekali lagi menjadi penentunya…

Sama2 kita belajar dan menyumbang manfaat…

Moga MM terus aktif dan sukses :D
Jom baca artikel terbaru hafizmd …. Review Januari sambil jaga anak isteri…My Profile

Reply

Mama Murai™ . February 9, 2011 at 6:01 PM

Terima kasih Hafiz,
saya juga berharap awak terus sukses menulis. Sama-sama kita belajar dan menulis ek..

Reply

Norasikin February 7, 2011 at 10:59 PM

Saya memang tak pandai sangat tentang SEO ni. Saya cuma menulis apa yang ada dalam hati. Memang ramai pembaca senyap dalam blog saya dan mereka cuma menyedut segala ilmu yang saya curahkan tanpa berkongsi ilmu mereka.

Satu yang membuat saya tertarik dgn blog murai ini adalah, gaya penullisannya hampir sama dengan gaya penulisan saya.
Jom baca artikel terbaru Norasikin …. Resepi Puri DosaMy Profile

Reply

ohcikgu February 6, 2011 at 11:57 PM

emm..seo memang cara yang terbaik untuk dapat trafik yang berterusan. :smile:
Jom baca artikel terbaru ohcikgu …. Pujuk dan hadiahkan kekasih hati anda dengan HeartBeat Unique GiftMy Profile

Reply

mijie February 6, 2011 at 1:22 AM

salam mama murai,

pada saya seo dan trafik ada dalam 3 keadaan iaitu yang pertama setiap kali nak menulis entri, kita fikirkan tentang keyword dan keyphrase terlebih dahulu, baru entri tu di garap mengikut keyword yang kt rencanakan….(yang ni kalau nak buat boleh tapi sy kurang berminat)

yang kedua entri tu ditulis terlebih dahulu baru kita kenalpasti keyword….(yang ni bagi saya lebih jujur)

dan yang ketiga ialah secara tidak sengaja, hanya menulis entry dan keyword tersebut tiba2 meletup….

itu sahaja pendapat saya
Jom baca artikel terbaru mijie …. Teknik gambar gunakan kamera filemMy Profile

Reply

Master Pak Pandir February 15, 2011 at 9:06 PM

fulamak…bagus betul laa idea bro mijie ni. tak terfikir pulak nak buat macam tu. saya ni tahu juga pasal SEO. memang penting tuk dapatkan trafik secara organik. tapi pening kepala juga dibuatnya bila fikir pasal SEO. :smile:
Jom baca artikel terbaru Master Pak Pandir …. Aku jadi mak bidan di hari Maulidur RasulMy Profile

Reply

Reza Saputra February 5, 2011 at 10:18 AM

kalau begitu lekas belajar SEO donk baiknya, mari belajar :roll:

Reply

Azuan Razi February 5, 2011 at 2:20 AM

Thanks MM mention nama sy dlm entry.. :)
Satu yg sy respek mengenai MM ialah tulisan MM tu yg sedap dibaca. Gaya penulisan yg menarik dan penggunaan bahasa yg diolah cukup baik. Tetapi kalau digabungkan dengan SEO, sudah tentu akan mendapat hasil yg baik.

Sy percaya MM mampu utk gabungkan kata kunci yg ditarget dan diolah dengan gaya penulisan MM. Jd penulisan tu nnti akan jd cukup mesra pengguna dan mesra search engine. Bila kita dah ada beberapa keyword yg berada di tempat teratas engine carian, malah keyword tersebut pula sentiasa mendapat permintaan, percayalah blog kita akan mudah dikenali oleh pendatang2 baru.

Sebenarnya New Visit yg mempunyai peratusan yg tinggi lebih bagus daripada mempunyai peratusan yg rendah. Maknanya jika peratusan New Visit tinggi, blog kita sentiasa dilawat oleh visitor2 yg baru.

Jd gunalah kelebihan yg ada pada MM. Nak tanya, MM tak guna feedburner ke? senang skit nak subscribe melalui email.

Oh ya, kalau blh MM edit url sy dlm entry ni kpd http://www.azuanrazi.com/
Sebab bila terlalu byk fungsi redirect, ianya sedikit sebanyak membawa kesan yg tidak bagus. :)
Jom baca artikel terbaru Azuan Razi …. Setelah Sekian Lama MenyepiMy Profile

Reply

Pejuang Kesenian Extreme February 11, 2011 at 5:28 AM

Setuju dengan Azuan yang penulisan MM memang sedap untuk dibaca walaupun kebanyakan penulisan MM bercanggah dengan orang lain…hehe :-)
Penulisan MM kebanyakannya banyak membuka minda pembaca..Tapi bab seo ni,saya perasan la yang MM tolak tepi..Sekarang baru nampak perubahan..

Nota: Teruskan menulis ya..
Jom baca artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme …. Kisah Menjengkelkan Seorang Blogger Ketika Mula BerbloggingMy Profile

Reply

optionshift3 February 4, 2011 at 10:54 PM

Nak kongsi sket pasal SEO..ianya bukan setakat keyword yang dipilih tetapi jugak bagaimana keyword itu digunakan. Malah penggunaan bold dan italic pada font yang dipilih juga memainkan peranan…
Jom baca artikel terbaru optionshift3 …. Tips Cara Buat Quote of the DayMy Profile

Reply

Rahsia Buah Pinggang Sihat February 11, 2011 at 11:02 PM

Betul,saya setuju dengan optionshift3,

Antara kaedah yang saya amalkan untuk dapatkan page pertama dalam enjin carian ialah memboldkan pada keyword yang berkaitan dengan niche blog saya.Supaya mereka yang menaip kata kunci yang sepadan dengan keyword yang saya boldkan akan menjumpai laman web yang tepat.

Reply

Mrdaha February 4, 2011 at 10:50 PM

Betul katal-kata Mama Murai tu.. kita jangan memandang remeh pada pelawat organik. Penggunaan keyword yang penting juga adalah salah satu kunci kejayaan. Saya pun sebenarnya minat tentang SEO ni. Banyak juga ilmu2 yang saya dah belajar. Mama Murai boleh la jemput datang ke blog saya untuk lihat sendiri antara beberapa bukti penggunaan keyword dapat menjana traffic dan mesra SEO. :)

Belajar SEO : Bukti Keyword Pada Tittle Jana Traffic
Jom baca artikel terbaru Mrdaha …. Ada Apa Dengan FollowerMy Profile

Reply

Mama Murai™ . February 6, 2011 at 1:50 PM

Assalaamu`alaikum Mrdaha,
terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi pendapat.

Reply

{ 1 trackback }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: