Bukan salah cikgu Bahasa Melayu

by Mama Murai™ . on 15 April, 2012

Saya masih ingat lagi, semasa cikgu Bahasa Melayu mengajar saya dan rakan sekelas mengenai perkataan bombastik belasan tahun yang lepas. Salah satu paling terkesan di hati saya ketika itu ialah perkataan war-war.

Mungkin nampak biasa bagi pelajar kita dewasa ini, tapi saya yakin, ianya adalah perkataan yang cukup hebat bagi pelajar seangkatan saya dahulu yang tahu menggunakannya.

Menurut cikgu, perkataan war-war bermaksud pemberitahuan yang dibuat oleh seseorang dengan cara mengumumkan. Okey bab erti dan pengertian itu sebenarnya saya juga turut bersetuju walau sebenarnya nampak sedikit bercanggah daripada apa yang Kamus Dewan kita kata pada masa ini. Jadi saya tidak akan mempertikaikannya dengan lebih lanjut dalam artikel saya pada kali ini.

Cuma apa yang membuatkan saya betul-betul merasa seperti pelajar old timer yang duduk belajar pada zaman batu bila mengetahui perkataan tersebut, tidak diterima pakai malah tidak wujud dalam kamus dewan pada masa kini.

Apa kes…

Saya sendiri tidak pasti kenapa dan dari mana punca kesilapan tersebut berlaku, tapi saya yakin cikgu Bahasa Melayu saya dan mungkin juga cikgu sekolah lain yang pernah mengajar benda yang sama kepada para pelajar tidak sedikit pun berniat untuk memberikan tunjuk ajar dan garis panduan yang salah kepada saya atau pelajar lain pada masa itu.

Malah saya sendiri pernah menggunakan perkataan tersebut dalam beberapa urusan rasmi dan thesis tanpa menerima sebarang aduan kesilapan penggunaannya dahulu.

Secara jelas ianya adalah suatu kesilapan berbahasa yang diterima pakai dan diwarisi secara turun-temurun oleh rakyat Malaysia!

Sekiranya kita telusuri penggunaan dan ejaan perkataan tersebut sesuai dengan apa yang termaktub dalam Kamus Dewan, maka kita akan dapati bahawa ejaan yang betul untuk perkataan tersebut ialah uar-uar yang bermaksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat. Selain itu kita juga boleh menggantikannya dengan perkataan Wara-wara yang bermaksud pemberitahuan, pengumuman, atau pun pengisytiharan yang saya yakin tidak ramai mengetahuinya.

Apa yang cukup menarik perhatian saya, tiada satu pun kenyataan dalam laman web rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka mengaitkan war-war dengan maksud yang sama seperti yang sudah tertanam di dalam minda separa sedar saya sedari dulu. Justeru ianya membawa satu maksud yang lain iaitu berasa dahaga kerana makan kacang, kuih dan lain-lain lagi.

Agak-agak kenapa kesilapan sebegini berlaku? Sayakah yang salah dengar, tafsir dan baca atau cikgu yang salah ajar, bagi dan tanda kepada saya? Boleh jadi generasi yang terdahulu sebenarnya yang salahfaham mengenai ejaan tepat perkataan ini…

Artikel menarik yang masih segar:

14 comments… read them below or add one

1 2

paCATGUNung July 18, 2012 at 12:18 PM

As salam..x tahu mcm mana boleh tersinggah kat blog ni..
sebenarnya perkataan ” war-war” adalah daripada perkataan “warta” yg selalu didengar ” warta berita” “warta kerajaan persekutuan. Warta adalah bermaksud/ bererti hebahan, siaran atau perkeliling. “War” bererti hebah, heboh dan ianya adalah perkataan melayu. :smile:

Reply

eddie June 30, 2012 at 4:11 PM

war-war pernah jugak guna perkataan ni masa buat karang zaman sekolah dulu…ayat semua nak power je…hu3

Reply

Hanif May 15, 2012 at 10:38 AM

Banyak pengaruh dari luar yang menyebabkan bahasa campur aduk dan diguna pakai oleh pelajar2 sekarang

Reply

1 2

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: