Budaya plagiarisme

by Mama Murai™ . on 26 September, 2010 · 15 comments

Ini bukannya artikel budaya plagiarisme di kalangan penulis blog, bab itu saya buang jauh-jauh kat tepi. Serius saya sendiri sudah lali membaca isu murahan di dalam blog mengenai si Polan atau Mak Jah yang mengambil artikel orang lain sebagai milik peribadi dan selepas itu dikutuk secukup rasa oleh penulis blog yang merasakan dirinya jaguhan kampung. Tak habis-habis. Pada saya isu siapa tiru siapa bukanlah masalah utama yang perlu digembar-gemburkan apa lagi bila  ianya belum pernah diterbit dan dilesenkan. Beginilah.. kalau dah kemaruk sangat merasakan diri seorang penulis yang hebat, buat buku. Lepas itu patenkan satu persatu ayat-ayat di dalam buku, dan tampal kat dahi amaran keras daripada peguam korang atau Karpal Singh yang penulis lain boleh disaman sekiranya harta intelek terbaik itu diambil. Iyelah tue… Jangan-jangan benda yang korang claimkan sebagai artikel asli milik korang itu pun sebenarnya hasil cetak rompak gubahan kreatif tangan korang! Siapa tahu? Tepuk dada tanya selera.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jangan pedulikan kata-kata orang, itu pesan Mama Murai. Kalau rasa artikel itu sangat menarik, ringan-ringankanlah tangan dengan meng’copy’nya dan kongsi bersama rakan-rakan lain. Ilmu itu sebenarnya untuk perkongsian. Tak gitu? Lagi pun apalah sangat dengan kredit? Saya tak kisah pun….. Yang penting korang tak mengaku idea itu pribumi asal kepala korang atau diterbitkan semula dengan niat mengaut untung daripadanya. Bab tu, memang tak dapat nak tolong, sudah terang lagi bersuluh implikasinya haram. Itu kata ustaz, bukan Mama Murai!

Berbalik kepada budaya plagiarisme itu tadi, golongan yang ingin saya perbincangkan di sini ialah khusus buat mereka yang bergelar siswa/siswi. Nama cukup gah, orang kampung cakap “golongan bijak pandai dan anak bertuah”. Okey bertuah punya pasal maka golongan ini pun saling berkongsi tuah sesama sendiri. Bukan saja-saja tau, tapi sebagai meyahut seruan kerajaan bersempena kempen budi bahasa budaya kita.  Orang memberi kita merasa dan bagai aur dengan tebing. Tudia memang berbudaya encik-encik dan cik-cik siswa-siswi kita nie kan? Tapi dik tahukah anda semua bahawa plagiat hukumnya haram disisi agama? Tak tahu? Takpe saya memang berbaik hati untuk menolong korang mengupasnya hari ini secara percuma dengan menggunakan slanga Mama Murai!

Plagiat sebenarnya adalah satu penipuan, dengan meniru hasil tangan orang lain, korang telah menipu pensyarah dengan hasil kerja yang sepatutnya tidak layak untuk diberi markah. Mungkin itu salah satu cara untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, tapi yang menjadi masalahnya markah itu akan dibawa untuk penilaian secara kolektif. Sekiranya korang berjaya mendapatkan kerja dengan markah yang korang perolehi melalui hasil curi suatu hari kelak, hasilnya akan turut menjadi haram.

Perbuatan plagiat juga boleh diumpamakan seperti satu perbuatan khianat. Anda telah mengkhianati kepercayaan pensyarah kepada anda. Sedangkan perbuatan khianat itu merupakan salah satu daripada 3 tanda-tanda orang munafik!

Selain itu anda hanya akan memperbodohkan diri sendiri sekiranya terus hidup dengan meniru hasil kerja orang lain. Anda gagal untuk hidup berdikari dan yang paling penting gagal melahirkan buah fikiran sendiri untuk dinilai oleh orang lain. Maka tidak hairanlah prinsip ‘yes sir’ dan Pak Turut membelenggu hidup anda suatu hari kelak.

Paling penting perbuatan plagiat juga akan membentuk tabiat buruk seperti mencuri sekiranya selalu diamalkan. Oh minta maaf, mungkin perkataan mencuri agak ganas dan tak sesuai digunakan untuk budak-budak U! Jadi lebih baik saya katakan meminjam hak orang tanpa kebenaran. Hari ini dia pinjam tesis untuk ditiru, esok pinjam sabun tanpa kebenaran, lusa pinjam baju, tulat pinjam harta persendirian dan akan datang pula pinjam duit. Pendek kata semuanya pinjam tanpa kebenaran. Salah siapa? Jangan cakap mak mengandung sudah, tak pasal-pasal perkataan anak derhaka menepek kat atas dahi korang tue.

Oleh itu walau apa pun alasan atau kekangan yang berlaku dalam menyelesaikan sesuatu tugasan diberi, buatlah dengan sejujur dan seikhlas hati. Jangan sampai kudis menjadi tokak dan luka sampai menjadi barah baru korang tersedar dari lamunan dan terhegeh-hegeh mencari jalan pulang. Percayalah kepuasan dan berkat yang diperolehi dengan titik peluh sendiri jauh lebih baik daripada mengambil hasil curi. Walau dengan hanya 1 markah!

Artikel menarik yang masih segar:

{ 14 comments… read them below or add one }

1 2

Siti Fatimah Ahmad November 30, 2010 at 9:32 AM

Assalaamu’alaikum adikku….

Lama benar tak menyapa Mama di sini. Ke mana gerangan agaknya. Rindu hendak membaca tulisan mama yang menarik dan selalu mengesankan. Mudahan ada ruang untuk saling berbagi ilmu.

Tentang isu plagiat memang satu isu yang tidak pernah mati sampai bila-bila. keaslian idea atau tulisan kita adalah terhasil dari ilmu yang diberikan Allah SWT untuk kita kongsikan bersama. Jika apa yang kita tulis diblog dan sudah diterbitkan diblog itu adalah milik penulisnya dan juga milik pembacanya. Bagi menghormati penulis yang sudi berkongsi idea dan mahu menitip tulisan mereka, secara manusia yang beradab dan berbudi, hendaklah membuat url ke blognya dan janganpula menjadikan tulisan itu sebagai tulisan sendiri. Itu cara orang yang berilmu dan berotak kerana tahu berbudi bahasa dalam mengambil hak intelek orang lain.

Begitu juga dengan siswa dan siswi, meniru adalah satu kebodohan yang memperlihatkan ketidakupayaan kita untuk berfikir dan meneroka. Bagi saya, tidak mengapa merujuk kepada sebanyak mana bahanpun, tetapi yang penting jadikan sebagai contoh untuk kita menulis dengan gaya sendiri yang tentunya akan lebih menarik dan mantap serta mendatangkan kepuasan kerana ia terhasil dari upaya minda kita sendiri.

Semoga kita menulis dengan idea2 kita sendiri kerana dengan cara demikian kita dapat memahirkan diri untuk belajar menulis dan tentu sekali membina kata dan tata bahasa yang baik dalam penulisan walau tidak berkualiti.

terima kasih dik, penulisan tentang ini sangat mengesankan.
Salam sayang dan rindu selalu dari akak di Sarikei, Sarawak. :D
Jom baca artikel terbaru Siti Fatimah Ahmad …. CT26 “LA TAHZAN” – FROM JOANNA GILBERT AND THE GENG WITH LOVEMy Profile

Reply

encikbeliau October 13, 2010 at 11:20 AM

pada pendapat saya lah , kalau nak copy paste tu boleh asalkan letak sumber dari mana artikel tu diambil…sure pemilik asal tak marah sebab dalam dunia SEO , backlink tu penting .. Boleh improve pagerank dan laman web pemilik asal dikenali ramai.

Yang tak bestnya pula , kalau copy paste semata-mata untuk improve laman web dia saja , trafik blog banyak , kemudian boleh pula dia jadikan blog dia sebagai sumber pendapatan ..itu sah2 dapat duit haram..

p/s :- saya pernah mengalaminya sendiri! :P
Jom baca artikel terbaru encikbeliau …. Panduan Menukar Logo Teks Google Mengikut Citarasa SendiriMy Profile

Reply

julicavero September 27, 2010 at 10:01 AM

plagiat..mmhh dont do it…. :evil:

Reply

teguhsasmitosdp1 September 27, 2010 at 1:26 AM

yang belum tercipta itu budaya minta ijin dan menuliskan sumbernya mama,…salam persahabatan dari pekalongan-Indonesia.
Jom baca artikel terbaru teguhsasmitosdp1 …. Mengenal Anatomi OtakMy Profile

Reply

1 2

{ 1 trackback }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: