Buat duit daripada blog? Kenapa tidak…

Assalamu`alaikum,

hari ini saya nak cerita pasal duit, but still without print screen or show off segala. Cukup dengan sembang-sembang kosong di antara kita.

Well, ada sesiapa di sini setakat ini yang berjaya membuat duit dengan menulis blog? Totally most of you kan. Kepada mereka yang berjaya membuat duit dengan menulis blog, jangan lupa untuk memanjatkan kesyukuran pada Ilahi sebilang masa… teruskan mengayuh sehingga ke penghujungnya.

For those yang belum merasa duit hasil titik peluh menulis blog, sabaq noh, belum rezeki korang mendapatkannya.

Tak mau cakap banyak, dekat bawah ni saya sertakan 4 cara membuat duit dari blog, khusus untuk mereka yang beria-ia hendak mengetahuinya. Jangan risau… semuanya telah saya skip sesedap rasa. Check it out.

1. Lariskan seterusnya kekalkan populariti blog kalian untuk menarik perhatian pengiklan.

2. Jual barangan seperti kain, baju, kasut atau perhiasan secara online dengan menggunakan platform WordPress, Blogspot atau pun Facebook.

3. Menyediakan ruangan khusus untuk disewa oleh pengiklan.

4. Menyediakan perkhidmatan membuat web, blog, banner dan coding untuk mereka yang berminat.

Isn’t it cool? dengan hanya duduk di depan lappy korang boleh menjana ribuan ringgit sebulan tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Just keep up with your writing dan biarkan blog korang tu bekerja untuk korang.

Oh ye, jangan tanya motif saya membuat entri ni sebabnya korang sendiri sudah lali, kata kunci sesat :)

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

40 pendapat yang cukup istimewa… add one

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: