bonus kakitangan awam

bonus

bonus untuk kakitangan awam

Assalaamu’alaikum dan salam sejahtera. Genap 4 bulan rasanya saya tidak menulis di dalam blog ini. Terkejut juga bila menerima beberapa pesanan daripada rakan-rakan penulis lain. Tidak sangka, ada juga yang sudi bertanya khabar walau hanya melalui laman Facebook dan kekotak email saya. Terima kasih semua, terima kasih kerana sudi meringankan tulang menghantar mesej ke dalam kotak inbox saya. Besar ertinya sifat prihatin kalian kepada diri ini.

Alhamdulillah saya sentiasa sihat di samping keluarga tercinta dan saya doakan anda semua demikian juga. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah kepada lebih 1.27 juta kakitangan awam dan 590 ribu pesara kita yang bakal mendapat durian runtuh berupa bonus setengah bulan gaji. Saya yakin, pengumuman bonus kakitangan awam yang telah diumumkan oleh perdana menteri kita malam tadi pasti menggembirakan golongan terbabit.

Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi negara kita kini yang semakin menghimpit dan mencabar, maka molek benar jika saya katakan bahawa bonus kakitangan awam itu pastinya suatu pengumuman yang sangat dinanti-nantikan dan seperti bulan jatuh ke riba penjawat awam.

Cuma apa yang membuatkan saya merasa sedikit terkilan ialah bila ianya seperti sengaja dijadikan polemik dan dipolitikkan oleh golongan tertentu. Mengapa perlu mencampuradukkan bonus kakitangan awam dengan politik?

Bahkan ada di antara mereka yang bergelar “Pekerja sendiri” dan “Kampung” turut menangguk di air keruh dengan memainkan isu ketidakadilan dan berkata hanya penjawat awam yang digula-gulakan oleh kerajaan dengan bonus.

Alamak! Semurah bonuskah politik pada pandangan mereka? Mungkin Mama Murai jumud orangnya sehinggakan tidak tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Ke hulu ke hilir dengan senyuman lebar sambil menjaja kemanisan gula-gula politik tersebut. Jangan risau kawan, saya tidak mempunyai akal yang cerdas untuk mempolitikkannya. Apa lagi untuk memperbincangkannya secara mendalam. Bab itu saya tolak jauh-jauh ke tepi. Saya hanya ingin menyentuh dan memberi nasihat kepada mereka yang tidak tahu mengucapkan syukur dan asyik mempertikaikan penyeragaman bonus.

Pada saya mempertikaikan bonus siapa yang lebih banyak sama seperti budak yang baru bercerai dari susu! Bila orang lain pakai kereta besar, dia pun mahu pakai kereta yang sama. Inginkan diri lebih atau sekurang-kurangnya sama dengan orang lain. Sedang usaha yang telah dan akan diambil tidak ke mana.

Lupakah kita bahawa mereka yang berjawatan tinggi yang kononnya hanya tahu menandatangani borang dan dokumen itu sebenarnya telah bersusah-payah terlebih dahulu sebelum duduk di atas kerusi mereka. Pernahkah kita bertanya berapa banyak duit yang telah keluarga mereka habiskan semata-mata untuk menghantar anak mereka belajar? Atau pernahkah kita sekurang-kurangnya ambil tahu jerih payah mereka sewaktu belajar dahulu? Mungkin juga kita telah lupa yang mereka perlu membayar pinjaman pendidikan, cukai pendapatan dan berhadapan dengan bebanan kerja!

Samalah seperti amalan kita, semakin banyak kita melakukan kebaikan, maka semakin tinggilah bonus pahala yang bakal kita perolehi. Saya percaya setiap pekerja mempunyai peranan masing-masing dalam sesuatu organisasi.

Minta maaf, bukan niat saya menyinggung perasaan kakitangan awam kumpulan sokongan. Saya tahu ramai golongan ini yang pangkal namanya berstatus mahasiswa. Betul bukan? Dan saya cukup yakin mereka yang sibuk berkokok meyarankan penyeragaman ini sebenarnya datang daripada golongan tersebut. Tapi satu yang perlu anda ingat ialah asal-usul ijazah anda itu? Dari Universiti mana? Kelas berapa? Dapat pada tahun berapa? Paling penting kursus apa? Sedarkah kita bahawa mahasiswa sekolah ekonomi kelas 2 bawah dari Universiti Malaya pun orang pandang sebelah mata dewasa ini. Apa lagi kalau setakat pengurusan perniagaan ataupun pengajian seni kreatif. Memang tidak ke manalah jawabnya. Saya rasa daripada kita buang masa mempertikaikannya, lebih baik kita duduk di hadapan cermin dan bermuhasabah diri. Jangan sibuk mengira rezeki orang lain.

Pinta saya jangan berkira dengan apa yang kita dapat, tapi Tanya diri sendiri apa yang telah kita buat. Apa jasa kita pada negara? Terlaksanakah segala amanah yang telah majikan kita beri? Atau telah sempurnakah tugas kita seperti yang telah kita janjikan dalam piagam pelanggan. Itu yang lebih penting. Kalau boleh ingat balik niat asal dan tekad masing-masing semasa merayu-rayu meminta kerja dengan kerajaan dahulu. Jangan difikirkan sangat kakitangan mana yang dapat lebih atau yang dapat bonus berganda. Semua itu hanya akan melalaikan dan menjatuhkan moral sahaja. Kadang-kadang kita harus belajar bagaimana menerima hakikat kehidupan yang kelihatan tidak adil di depan mata masing-masing.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita semakin tidak bersyukur

Bukankah lebih elok kita berkejar-kejaran dan melipatgandakan amalan kita di bulan mulia ini agar mendapat bonus pahala yang lebih?

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

11 pendapat yang cukup istimewa… add one

  • Sukarelawan diperlukan!
    Hanya untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja
    Elaun RM500 ke 1500 seminggu!
    Semua sukarelawan akan dibekalkan Blackberry percuma!
    Berminat, smskan nama, no telefon, lokasi dan jabatan ke
    012-2625361 – Ku Adzam
    010- 5462558 – Max

    Balas
  • itulah..dah cukup baguslah dapat. Kalau tak dapat, macam-macam benda yang keluar nanti. Orang kita ni memang tak pernah nak puas.. :cool:
    artikel terbaru titan…Komisen ke 9 dari InnityMy Profile

    Balas
  • Gov Federal dan State keluar bonus tak sama ke?.. ;-)

    Balas
    • Assalaamu’alaikum dreamfinancebiz,
      terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak buruk saya. Pasal bonus dah keluar atau belum saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenainya. Tapi saya rasa ianya akan dibayar selewat-lewatnya 17hb ini.

      Bonus Federal dah persekutuan pun tidak saya ketahui, tapi berkemungkinan dibayar pada tarikh yang sama. Mungkin.. :) Minta maaf banyak-banyak.

      Balas
  • Dah keluar ke bonus?…

    Balas
  • Assalamualaikum wbt. MM…

    Isu politik tiada titik noktah hingga melepasi sempadan ruang termasuk agama. Semua perkara hendak dipolitikkan samada oleh ahli politik atau bukan. Hanya segelintir mereka yang dapat melihat sesuatu bukan dari sudut politik. Demikianlah gaya fikir dewasa ini…

    Kepada bakal penerima, bersyukurlah. Kepada bukan penerima, rezeki anda dari sumber yang lain. Allah itu Maha Adil lagi Maha bijaksana…

    Balas
  • Betul tu.. mempertikaikan apa orang dapat adalah senang dari mempertikaikan apa yang telah kita buat untuk mendapat macam orang lain dapat. Lepas ni semua kena muhasabah semula apa kerja yang dah kita buat. Adakah mencapai standard yang ditetapkan? Kalau belum sila pulangkan bonus yang diberi.. apa macam ada berani ka? hehe

    Balas
  • salam mama..mmg lama sungguh mama tak update..mesti sibuk dgn rumahtangga kan..

    pasal bonus naik sy tak ada komen..sbb masih blum bekerja..tp hakikatnya mmg byk perkara yg telah dipolitikkan..itulah hakikat Malaysia kita skrg :sad:

    Balas
  • Kakitangan Awam August 11, 2011 7:04 am

    Ckp senanglah…. Bukan nak pertikaikan/ tak nak bersyukur! Tapi golongan prof jugak yg dpt lebih. Sekurang2nya bglah peluang kpd kakitangan kumpulan sokongan kelebihan sedikit…. Bkn selalu dpt bonuskan? Apa pun terima kasi kpd kerajaan kerana cuba meringankn beban kitaorg…

    Balas

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

CommentLuv badge

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: