blog Mama Murai diunjar oleh orang Brunei, mai tah kurapak brunai.

Assalamu`alaikum,

terima kasih saya ucapkan kepada pembaca negara Brunei kerana sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ani especially buat Nora kerana berkongsi sidebar blognya dengan RSS blog Mama Murai.

Kalau bukan kerana blog tu, blog ani tidak akan dikenali oleh orang-orang Brunei. Saya yakin.

Bah alang-alang sudah menjenguk blog ani, apa kata kalau korang ajar saya sekali bagaimana bakurapak brunai kerana saya ingin menggunakan bahasa tersebut ketika berada di Labuan nanti.

Nda kisahlah apa pun, yang penting ianya berkait langsung dengan kehidupan dan perbicaraan seharian kitani.

Lagi pun dengan adanya perbincangan dan pertukaran pendapat seperti ani, ianya pasti akan dapat memperkasakan lagi bahasa Brunei di kalangan genarasi muda bahkan juga negara jiran khususnya.

Oh ye… kepada warga Brunei yang memiliki blog, jangan lupa letakkan alamat url blog kalian dalam kekotak komen di bawah ye. Sekiranya berkesempatan, saya akan unjar blog kalian secepat mungkin untuk merapatkan lagi tali silaturahim di antara kitani.

Bah… miatu tah. Nanti tah bakunyanyang lagi, ani cukup tah dulu.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

26 pendapat yang cukup istimewa… add one

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

CommentLuv badge

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: