Menulis blog memang mudah dan bersifat personal, you all bebas memilih tempat dan masa yang sesuai untuk melahirkan idea melalui penulisan, even you all tengah duduk makan kat restoran pun you all boleh mencurahkan pendapat you all!. Semua itu hanya bergantung kepada nawaitu penulis itu sendiri, sama ada serius atau tidak melakarkan pendapat untuk dijadikan bahan tatapan orang lain. Kekangan masa akibat jadual kerja atau belajar yang padat, kesibukan aktiviti luar serta kekurangan bahan merupakan alasan yang sering dilontar oleh si penulis belog, sehinggakan ada diantaranya sanggup menghantar hasil karya ciplak iaitu copy dan paste sumber dari belog lain. Malahan MM cukup yakin yang ada diantara penulis belog disini tidak pernah membuat hasil karya sendiri dan cuma menghantar cerita dari belog orang lain dengan harapan dapat menumpang ke’glamer’an si penulis. Wah cantik punya solutions kan?. You all nak tabik komando ke dengan spesies tang nie?.
Namun MM yakin semua alasan itu bukanlah faktor utama mengapa kita hanya mengupdate belog setahun sekali. (Tudia jangan salahkan sesiapa tau, kalau tiada siapa yang berani menjengah belog semak dan ‘berhantu’ milik you all tue nanti. MM pretty sure pembaca pun tak berani kata yang pemilik tue masih hidup ke atau dah ‘pergi’). Sebahagian besar penulis belog cukup malas untuk menghantar atau up-to-date laman blog mereka, alasan seperti yang MM nyatakan tadi selalu bermain bila dey all diutarakan soalan mengapa belog mereka sehingga kini tak ‘dibersihkan’. Sedangkan menulis belog bukannya sesukar mana pun. Ini kerana sebuah belog yang simple cuma memakan masa selama 15 jam minit untuk disiapkan!. Dan sumber serta idea boleh dieksploitasi melalui pelbagai media yang kat Malaysia nie tak kiralah elektronik, cetak atau pun ‘mesyuarat tingkap’ you all. Pelik tapi benar, apakah idea untuk menulis perlu dipelajari sama seperti kita mempelajari Bahasa Melayu selama 11 tahun untuk menulis didalam kertas peperiksaan Bahasa Malaysia SPM?. Come on lah guys, anak mak limah kat belakang rumah MM pun tau macam mana menulis belog tau!. Tak malu kat dia ke?. Hehe~
Segelintir penulis belog pula berpendapat, mood memainkan peranan penting didalam penulisan. Ini kerana hasil tulisan mereka akan menjadi buruk sekiranya mereka menulis pada masa yang salah. So mereka kena tunggu sehingga mood menulis mereka ada atau sekurang-kurangnya menulis dalam keadaan gembira. Dan hasilnya…. Marvellous, TIP-TOP…. cun tahap gaban, sehingga menjilat kuku-kuku tangan katanya!. Tapi betul ke berkesan?.
Jadi soalan MM yang mana lebih baik, jarang mengemaskini belog untuk menghimpun bahan (wow cerita mesti kaw-kaw dan gempak punya sebab dihasilkan setahun sekali) atau memaksa kepala memerah idea dan jari-jari tangan menaip meskipun hasilnya nanti tidaklah memberangsangkan?
Pada pendapat MM, mengemaskini belog sekerap mungkin tetapi menulis dengan kreatif dan menarik perhatian merupakan pendekatan terbaik yang perlu diambil oleh si penulis belog. Sebelum menulis kita perlulah menetapkan golongan sasaran pembaca yang kita kehendaki. Hantarlah belog baru sebanyak dua kali sehari ataupun paling kurang sehari sekali (‘seperti anda memakan ubat’) tetapi dengan memastikan bahan yang ditulis adalah menarik, memberi inspirasi dan paling penting ia lahir dari hati kita. Ingatlah belog yang berjaya ialah bila mana bahan yang ditulis mampu menyentuh emosi pembaca meskipun cuma seorang!. Elakkan mengambil pendekatan atau menggunakan bahasa yang berbentuk makian atau keterlaluan kerana penulisan sedemikian cuma menampakkan ketidakmatangan you all sahaja.
Apa yang penting adalah kemahuan untuk terus belajar, dan cara belajar yang paling efektif hanyalah dengan terus mencuba dan mencuba. Kerana semakin sering kita menulis dan mengeluarkan pendapat melalui tulisan, gaya bahasa dan penulisan kita juga akan semakin bagus seiring dengan pengetahuan yang kita ada. Bukankah peribahasa ada mengatakan bahasa merupakan jiwa bangsa. Jadi teruskanlah menulis walau sebodoh mana pun tulisan you all, MM yakin suatu hari nanti idea yang kita tulis akan menjadi bahan ilmiah & rujukan orang lain pulak.
Insya Allah.
XoXo



yg pntg kne istiqamah dalam menulis blog…
idea kne lain dari yg lain…
bru menarik utk di baca…
Org putih kata”practice make perfect”. Lama2 buat mungkin blh buat income dgn penulisan.(Mmg dah ramai pun buat duit dgn penulisan kan).
nk menulis atau nk update blog ni kena ada mood, baru pembaca blh memahami…