betul ke masa depan penulis blog peribadi gelap?

Selalu benar saya mendapat pertanyaan sebegini, betul ke masa depan penulis blog peribadi suram berbanding mereka yang menulis informasi. Jujur saya katakan bahawa jawapan bagi soalan itu mungkin ya dan boleh jadi juga tidak, bergantung kepada pembawaan masing-masing.

Kenapa tidak? Sebab sudah jelas terbukti, ramai di antara pemblog yang menulis kisah peribadi sudah berjaya dalam arena penulisan blog. Dan percaya atau tidak, jumlah mereka sebenarnya lebih ramai berbanding wartawan tidak bertauliah yang setiap hari duduk bercokol menanti berita terbaru daripada akhbar online.

Satu yang perlu anda ingat, pembaca sebenarnya dahagakan penulisan yang istimewa. Maksud saya yang luar daripada imaginasi mereka. Dan untuk mendapatkan penulisan sebegitu anda perlu menjadi diri sendiri dengan meluahkan apa yang anda rasa, bukan apa yang telah dibaca atau yang anda dengar. Jangan takut dikritik kerana menyuarakan pendapat luar dari kotak pemikiran. Berpura-pura menjadi orang lain hanya akan membataskan kreativiti kamu sahaja.

Lagipun dengan berbuat demikian skop tulisan kamu akan menjadi lebih luas.

Cuba buka mata dan lihat sendiri perbezaan mereka yang menulis dengan jujur dan sekadar menulis. Walau dengan ayat caca-marba, artikel mereka yang menulis dari hati masih nampak istimewa dan menarik bukan.

Jadi kenapa mesti ya?
Okey, perlu diakui bahawa kebanyakan hasil tulisan mereka yang gagal adalah lemah, terdapat banyak ruang kosong yang menyebabkan pembaca mudah lupa kepada blog golongan ini. Perhatikan juga pada topik yang menjadi perbicaraan, ianya terlalu klise dan acap kali berulang, sehingga menimbulkan perasaan bosan kepada pembaca. Kalau pun ada yang menarik, isi di dalamnya agak sempit dan kadang-kadang terlalu umum untuk dibaca.

Nasihat saya belajar dan terus belajar. Jangan terlalu banyak membuang masa dengan berblogwalking dan memberi komen sahaja. Kalau boleh buat kajian sendiri kenapa artikel Top Malaysian Bloggers disukai dan kupas sedikit demi sedikit resipi rahsia yang terdapat dalam entri tersebut. Untuk pegetahuan anda, blog peribadi lebih cerah masa depannya berbanding menulis berita. Itu jaminan saya.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

21 pendapat yang cukup istimewa… add one

  • Err. .skil menulis blog saya, tak p0wer. .saya tulis entri ikut bibit mulut saja. .ehehe

    Balas
  • skill menulis blog belum mantap ni MM..eheheheh..sy rasa sy banyak belajar la..tp bukan tulis blog..sy belajar mengait..memasak kek..mengandam…eheheh…tp liat betul nak belajar skill tulis blog ni

    Balas
  • nak asah skil menulis tu yang agak payah sikit…tapi buat setakatni, saya memang menulis apa yang jadi dalam kehidupan seharian saya je..cuma kadang2 je saya akan sentuh dengan isu2 lain…mungkin sebab itulah pengunjung di blog saya tu datang dan pergi je…tapi saya tak kisah sangat..sebab buat blog peribadi lebih kepada untuk memori diri sendiri.. =)

    Balas

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: