bermonolog dalam diri, berkhutbah kepada sisi gelap

by Mama Murai™ . on 13 November, 2011 · 3 comments

Duduk seharian membaca secara senyap-senyap blog penulis terkenal hari ini, menimbulkan satu keinsafan yang cukup mendalam kepada diri saya. Melihat betapa dangkalnya sifat manusia kerana terlalu banyak berbicara dan menilai orang lain. Seperti halnya yang berlaku kepada saya.

Masing-masing lupa bahawa semakin banyak diri menilai dan melihat orang lain, maka semakin banyaklah kelemahan yang akan terpacul sama dalam bait-bait kata yang telah ditaip. Seperti meludah ke atas langit.

Betul saya bersetuju kalau ada di antara kita yang berpendapat “kita hari ini tidak semestinya akan sama seperti yang semalam”. Tetapi jangan pula kita berani menafikan bahawa apa yang ada pada diri kita hari ini sebenarnya adalah penentu kepada siapa kita pada hari esok.

Tenang, belajar menghargai dan saling menghormati mungkin adalah perencah terbaik untuk kita hidup bermasyarakat. Hatta dalam dunia maya sekalipun.

Berbicaralah, tapi untuk kebaikan. Satu peringatan yang tulus buat diri.

Artikel menarik yang masih segar:

{ 3 comments… read them below or add one }

Juan November 15, 2011 at 8:17 AM

bermonolog dengan momok, ish seram, hehe :smile:

Reply

apaajanews November 14, 2011 at 10:26 PM

sememangnya penulis juga begitu berhati hati dalam menulis artikel apabila menyentuh tentang peribadi seseorang…seboleh bolehnya dielakkan kerana takut salah persepsi…boleh mengakibatkan mendapat saham saham akhirat yang bertaraf negatif…..

Reply

Denaihati November 13, 2011 at 11:14 PM

peringatan utk semua ni, terima kasih.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: