bermegah-megah dan memberi

Saya pelik dengan sikap dan mentaliti orang kita. Kenapalah agaknya setiap kali ingin dikenali, seseorang perlu membayar sejumlah wang dan imbuhan sebagai ganti. Kalau pun tidak, si pemangsa perlulah mendabik dada dan mengeluarkan semua bukti kehebatannya terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk dikipas oleh bakal mangsanya nanti.

Tambah pelik bila orang yang menjadi mangsa juga, perlu ditaburi dan disuapkan sesuatu sebelum mereka merelakan diri menjadi mangsa berkali-kali.

Betul saya bersetuju kalau apa yang kita beri akan bertukar kepada apa yang akan kita dapat di kemudian hari. Tapi ianya tidak bererti kita perlu memberi terlebih dahulu untuk mendapatkan apa yang kita mahu bukan?

Sebenarnya kita sering terlupa kenyataan bahawa, kita adalah bangsa yang suka bermegah-megah dan meminta balasan bila melakukan sesuatu.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

3 pendapat yang cukup istimewa… add one

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

CommentLuv badge

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: