Bahaya minuman bergas

by Mama Murai™ . on 5 September, 2012

Salam all,

sebut sahaja minuman bergas, pasti ada di antara korang yang sudah terbayang-bayang keenakan minuman tersebut, especially bila ianya dihidangkan semasa cuaca panas terik.

Ya dak.

Dan saya yakin, korang juga pasti dah tahu bahaya dan keburukan minuman bergas iaitu selain daripada mengandungi kandungan gula yang amat tinggi, ianya juga mengandungi caffeine dan phosphoric acid, yang boleh mengganggu keseimbangan tubuh badan manusia. So rasanya tak perlulah saya duk canang-canangkan secara panjang lebar keburukan meminum minuman bergas kepada korang semua rite?

Tapi pernahkah korang terfikir bahawa minuman bergas juga boleh menjadi sebahaya ini,

bahaya minuman bergas

atau ini,

cola meletup di china

Kepada manusia? Nampak dahsyat dan brutalkan? Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di China yang menderita luka di mulut dan pipi, akibat terkena serpihan tin cola yang meledak secara tiba-tiba, dipercayai kerana terlalu lama disimpan di dalam peti sejuk.

Sumber mengatakan bahawa budak tersebut terpaksa menerima 38 jahitan, 31 jahitan di pipi dan 7 jahitan di bibir dan mulut.

How dangerous is soda and what is in it that’s so dangerous? Jom kita baca pandangan daripada mereka yang pakar mengenai bahaya minuman bergas, seperti yang saya petik dalam akhbar Daily News.

Bahaya Soda

Apabila anda membuka soda yang terdedah kepada suhu biasa seperti suhu bilik, tekanan karbon dioksida yang terdapat di dalam tin akan dengan mudahnya terlepas. Tetapi apa yang menjadi masalah, sekiranya cola disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk sehingga ianya beku, tekanan tersebut akan termampat di dalam tin.

“Sedikit sahaja bocoran pada tin akan menyebabkan ledakan yang agak kuat” jelas Robert Corbin, PhD, wakil presiden Pengalaman Belajar di Discovery Place.

“Anda pada dasarnya memiliki bom di tangan anda. Walaupun bukan dalam kategori bom yang besar, tetapi ianya tetap membahayakan,” kata Corbin kepada Daily News.

Jadi lepas ni, janganlah korang duk gatal tangan simpan lelama minuman bergas korang tu dalam peti sejuk. Tak pasal-pasal jadi macam tu pulak. Minta dijauhkan.

Artikel menarik yang masih segar:

21 comments… read them below or add one

1 2

Rem September 24, 2012 at 2:16 PM

Minuman bergas memang tidak elok. Baik dijauhi dan meminum minuman buah-buahan tempatan yang lebih berkhasiat.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Rem…Abah Saya Business ManMy Profile

Reply

suri September 13, 2012 at 5:41 AM

ngeri pula sllu klu nk minum skit jer dok suka minum gas sb terlu manis3 bangat :beat:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru suri…Salah Sendiri Salahkan Orang Lain PulaMy Profile

Reply

Mama Murai™ . September 13, 2012 at 10:11 AM

9 sudu teh gula… memang tak sesuai untuk mereka yang berdiet..

Reply

mazan September 12, 2012 at 12:17 PM

kesian budak tu
Apa kata korang baca juga artikel terbaru mazan…2013 Ford Explorer and Taurus Obtained the Highest Safety RatingsMy Profile

Reply

1 2

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: