1. Blogwalking
Ini langkah pertama anda untuk mendapat komen, kebiasaannya penulis blog akan melakukan kunjungan balas selepas pembaca menulis komen di dalam ruangan komen blog mereka. Malahan peluang untuk pihak ketiga mengetahui url blog anda juga akan semakin cerah sekiranya komen yang telah anda tulis itu tadi menarik dan membina. Paling penting anda dapat mencuri idea orang lain untuk dijadikan modal penulisan semasa berblogwalking.
2. Buat entri seringkas mungkin tapi menarik
Saya jarang sekali mempraktikkan cara ini, ianya hanya hasil pemerhatian saya terhadap blog penulis lain. Seperti yang selalu saya katakan, penulis merangkap pembaca kita adalah golongan pemalas. Minta maaf nampak kasar tapi itu realitinya. Mereka malas untuk membaca artikel yang panjang lebar meski pun niat sebenar artikel itu untuk memperjelaskan. Mereka lebih suka membaca rumusan berbanding novel. Sebab itulah kalau kita perhatikan ada di antara penulis yang berupaya melakukan blogwalking sebanyak 300 kali sehari ke blog-blog yang berlainan semata-mata untuk meninggalkan jejak. Sementara itu menarik dalam konteks di atas ialah topik yang mengetengahkan seks, gosip, wang, politik dan kutukan. Ini merupakan contoh artikel yang paling berkualiti dan mendapat komen yang melimpah!!
3. Jangan buat artikel yang terlalu sempurna/kompleks
Pastikan artikel yang anda buat tidak lengkap dan menyeluruh. Sebagai contoh sekiranya anda menulis mengenai kerosakan akhlak pelajar, buat salah satu sahaja sama ada anda memilih penyebab, langkah untuk mengatasi atau kesan kepada masyarakat. Elakkan juga menulis artikel yang terlalu lengkap dan detail. Beri peluang kepada pembaca anda untuk menulis dan membidas anda kembali dengan berfikir lompang yang mungkin ada di dalamnya. Ingat jangan menulis artikel yang terlalu kompleks dan berat. Apa lagi yang tidak diketahui oleh pembaca, kerana mereka tidak akan mampu untuk mengutarakan komen nanti.
4. Balas semula setiap komen.
Tentukan semua komen yang ditulis oleh pembaca anda dibalas. Rasional membalas komen ialah menggalakkan aktiviti pertukaran pendapat yang mungkin akan menarik perhatian pihak ketiga untuk mengutarakan pendapat setelah membaca rantaian pendapat itu tadi. Bukan itu sahaja anda sebenarnya sedang membina jalinan persahabatan dengan pembaca setiap kali membalas komen tersebut.
5. Permudahkan urusan menghantar komen
Permudahkan cara menghantar komen di blog anda. Cuba bayangkan betapa penatnya pembaca blog anda jika harus menulis capcha dan password atau paling teruk diharuskan log in terlebih dahulu sebelum boleh menghantar komen. Jika anda benar-benar ingin budaya berkomentar tumbuh di blog anda, adalah lebih baik anda mempermudahkan cara berkomentar. Hilangkan moderasi, capcha, password atau apa sahaja yang boleh membuat pembaca blog anda malas untuk berkomentar. Saya tahu ada di antara penulis blog yang takut membuka ruangan komen blog masing-masing kepada pembaca Anonymous yang gemar memaki, persoalannya sampai bila? Nasihat saya, jangan takut dengan sumpah seranah Anonymous, sebenarnya merekalah yang menjadi cermin kepada blog masing-masing. Belajar menerima kritikan dan pendapat orang lain. Itu lebih penting.
6. Buat artikel yang panas
Topik memainkan peranan yang amat penting dalam menarik perhatian pembaca untuk berkomentar. Pilihlah topik yang panas dan mendapat liputan menyeluruh untuk diketengahkan. Semakin panas sesuatu topik, maka semakin banyaklah komentar yang akan anda perolehi.
7. Berani menulis sesuatu yang baru
Ini yang selalunya dilupakan oleh penulis. Menulis idea baru yang segar dan lain daripada yang lain. Seringkali kita membaca isi yang sama tetapi ditulis oleh penulis yang berbeza. Natijahnya tulisan kelihatan stereotaip dan klise, memberikan rasa bosan kepada pembaca kerana terlalu banyak membaca isi yang berulang. Keistimewaannya juga hilang dek kerana terlalu kerap mendengarnya. Ini secara tidak langsung mempengaruhi psikologi pembaca untuk mengulas lebih lanjut mengenainya.
8. Hadiahkan pengunjung anda dengan backlink
Backlink? Mungkin ianya tidak berkesan untuk penulis yang baru bertatih atau penulis sepenuh masa kerana saya percaya mereka tidak mementingkan sangat backlink. Tetapi percayalah, teknik ini sangat berkesan untuk menarik perhatian penulis blog amatur menulis komen di blog anda, terutamanya blog yang mempunyai pagerank tinggi. Gunakanlah plugin dofollow seperti ComLuv atau edit semula fail php anda supaya menjadi dofollow sebagai penghargaan kepada pemberi komen blog anda.
9. Menulis artikel secara berkala
Pengunjung kebiasaannya akan membaca kandungan artikel yang paling atas dan terbaru. Oleh itu, pastikan anda mengemaskini dan membuat artikel baru pada selang masa yang panjang bagi memberi ruang kepada pengunjung lain untuk membacanya, selain daripada mengumpul sejumlah komen yang banyak. Ini kerana komen yang banyak pada sesuatu artikel akan mendorong pembaca seterusnya untuk turut sama mengulas artikel tersebut berbanding artikel yang menerima komen sedikit.


{ 23 comments… read them below or add one }
« 1 2
no 1 dan no 9 adalah perkara yang agak sukar untuk saya lakukan.Saya tidak mempunyai banyak masa untuk blogwalking manakal untuk menulis secara berkala pula,..ummm,entahlah.Saya menulis mengikut mood dan idea ..
Jom baca artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme …. Fakta Tentang Israel
Saya setuju sangat2 dengan no.5 tu MamaMurai,kekadang menyusahkan je bila taruk itu ini,
Kekadang tu Wan dah tulis komen bukan ke main panjang nyer lagi alih2 kena isi itu inilah,jadinyer Wan pon terasa malaslah terus je tekan X.Muahaha..

Jom baca artikel terbaru W.HabibuRahman …. Tiga Fakta Yang Sunat Diketahui
apabila saya membaca entry MamaMurai, saya sangat bersetuju dengan apa yang diutarakan. Tetapi persoalannya apakah kualiti pembaca yang membaca entry kita. Adakah kita hanya ingin menarik golongan pemalas (seperti yang mamamurai katakan dalam tip no. 2)? Ataupun kita hanya memikirkan bilangan pengunjung tanpa memikirkan impak penulisan kita terhadap pembaca? Apa yang saya perhatikan ramai dikalangan penulis blog gemar mencuri idea blog-blog lain dan yang lebih mengecewakan ada di antara mereka sanggup ‘copy’ dan ‘paste’ sahaja artikel orang lain. Saya fikir itulah dilema penulis blog di Malaysia. Maafkan saya jika terkasar bahasa dalam mengutarakan pendapat. “Aman Tanpa Perang”

Jom baca artikel terbaru CikguCAKK …. Pembacaan Cermin Pembaca
Betul betul betul….
mungkin 100 orang yg datang ke blog kite hanya 10 orang je yang membaca dengan penuh kerajinan.
Jom baca artikel terbaru W.HabibuRahman …. Mari Bersama Ustaz Azhar Idrus
Banyak tip-tip berguna buat kami sebagai new blogger. Tak ku sangka tak ku duga buat artikel tergantung menarik perhatian penulis lain membacanya. Macam cerita Inggeris yang selalunya penamat dengan tanda tanya.
Jom baca artikel terbaru sensasi2020 …. Tanda-Tanda Awal Mengapai Pingat Emas
Tips yang sangat berguna. Terutama untuk yang baru berjinak-jinak dengan dunia bloggers. Selamat Maju Jaya MM..:-)
saya tertarik dengan tips no. 3 tu. Sebelum ni, kalau menulis, saya akan pastikan entri tu lengkap segala infonya. Tak pernah terfikir yang kelompongan boleh menarik pembaca untuk memberi komen. Terima kasih atas tips berguna ni
Assalaamu`alaikum sollehahn,
sebenarnya kalau artikel terlalu lengkap, pembaca akan terpaksa memerah otak untuk menulis komen yang akan beliau ulas. Ini menyukarkan mereka untuk meninggalkan jejak. Sekiranya terdapat lompang di dalamnya, pembaca akan ringan tulang untuk membantah atau menyokong isi kandungan artikel tersebut. Situasi ini saya panggil menang-menang, pembaca dapat berfikir secara logik dan anda mendapat maklum balasnya.
Oh ye.. Terima kasih kembali di atas ucapan tersebut. Semoga kita sama-sana mendapat manfaat daripadanya.
« 1 2
{ 1 trackback }