Siapa saya?
Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran & dunia mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel, serta isteri kepada suami yang kini bertugas di Pantai Timur Malaysia. Sangat berminat dengan penulisan kreatif semenjak bersekolah di sekolah aliran agama lagi sehinggalah kini.
Perhatian:
Semua artikel dalam blog ini ditulis tanpa dipengaruhi oleh mana-mana individu, kumpulan ataupun pihak-pihak tertentu. Sekiranya ada pihak yang mengaitkan beliau dengan blog ini, saya meminta jasa baik anda untuk mengabaikannya kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya.
Artikel dan kandungan dalam blog ini juga merupakan karya asli dan pendapat saya sendiri mengenai sesuatu isu. Sila maklumkan kepada saya sekiranya anda mempunyai kandungan artikel yang sama untuk tindakan selanjutnya. Walau demikian, terdapat sesetengah gambar atau bahan yang ada dalam blog ini saya akui, diambil terus dari forum atau laman web pihak lain tanpa kebenaran sebagai rujukan atau maklumat tambahan.
Suka saya peringatkan bahawa, komen anda tidak akan dipadam selepas anda menghantarnya dan saya akan tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan memberikan Internet Protokol anda sekiranya mendapati kenyataan atau komen anda menyalahi undang-undang, berbau fitnah, hasutan, ataupun diminta untuk berbuat demikian. Oleh yang demikian, saya meminta jasa baik anda semua supaya mengeluarkan pendapat secara bijaksana.


Comments on this entry are closed.