7 kesalahan tatabahasa mudah yang lazim dilakukan oleh penulis blog

tatabahasa yang betul

Kesalahan tatabahasa yang sering berlaku di kalangan penulis blog

1. Kesalahan penggunaan di.
Perkataan ‘di’ yang didekat atau dijauhkan, ialah asas Bahasa Melayu kepada saya. Malah saya percaya, hampir kesemua daripada kita pernah diajar oleh cikgu bagaimana menggunakan perkataan ‘di’ dengan betul. Malangnya masih ramai penulis blog yang keliru atau tidak tahu bagaimana menggunakan perkataan tersebut sesuai dengan hukum tatabahasa. Sebagai peringatan, suka saya uar-uarkan di sini bahawa perkataan ‘di’ hanya boleh dirapatkan sekiranya melibatkan kata kerja. Jelas bukan?

2. Penggunaan tanda baca noktah berulang (…..) secara keterlaluan.
Perlu diingat penggunaan noktah berturutan tidak dibenarkan sama sekali dalam penulisan. Sebaliknya perlu digantikan dengan salah satu tanda baca seperti noktah, koma, titik bertindih, atau tanda baca yang lain mengikut kesesuaian ayat. Sekiranya penggunaan tanda noktah berturutan diperlukan untuk menggambarkan nada yang panjang, maka hanya tiga titik berturut sahaja dibenarkan, tidak boleh lebih atau kurang.

3. Kesalahan penggunaan kata hubung Justeru itu.
Penulis kita cenderung menggunakan ‘Justeru’ sebagai penanda wacana. Saya akui itu adalah usaha yang cukup bagus untuk memperkaya perkataan boombastik dalam blog masing-masing. Malangnya satu yang mereka lupa ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’. Jadi perkataan tersebut memang tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana walau dengan apa cara sekalipun.

4. Kerancuan bahasa.
Saya tidak akan menghuraikannya di sini kerana saya telah menulisnya dalam artikel saya yang terdahulu. Sila rujuk kesilapan semasa menulis blog untuk membacanya.

5. Penggunaan perkataan ‘ni’ di setiap akhir ayat.
Pelik tapi benar, penulis blog kita gemar meletakkan perkataan ‘ni’ / ‘nie’ pada setiap akhir ayat, terutamanya mereka yang bergelar penulis blog gosip. Mungkin ada benarnya perkataan ‘nie’ diletak bertujuan melembutkan nada dan intonasi, tetapi alasan tersebut tidak cukup kuat untuk mengubah hakikat bahawa ianya merupakan salah satu contoh kesalahan berbahasa yang cukup tolol di mata saya.

6. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk menggantikan benda atau sesuatu perkara.

Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran.

‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen.

Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan secara besar-besaran.

7. Menjadikan penulisan seperti trengkas.
Ini merupakan fenomena terbaru muda-mudi kita. Menjadikan penulisan ala-ala trengkas. Saya jadi sy, minta jadi minx, malah baik boleh dieja sebagai ba8! Saya tidak tahu apa rasional di sebalik penulisan seperti itu, tetapi ianya cukup mengganggu tumpuan pembaca. Sekiranya digunakan untuk menghantar SMS, mungkin benar ada rasionalnya. Berikutan jumlah karakter yang dihadkan untuk satu SMS, tetapi untuk penulisan… Saya rasa itu dungu!

Renung-renungkanlah, bagaimana agaknya kita berbicara mengenai minat masing-masing kepada dunia penulisan dan blog melayu yang kononnya membuak-buak, sekiranya 7 kesalahan tatabahasa tahap rendah seperti di atas ini pun gagal ditelusuri.

Atas dasar itu saya lebih gemar menulis komen dalam blog yang mengambil berat 7 kesalahan umum seperti di atas berbanding membuang masa membaca blog yang taksub dengan ranking Alexa dan Page Rank blog yang tinggi.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

15 pendapat yang cukup istimewa… add one

  • Mentibang Hanyut September 21, 2012 2:10 pm

    dalam kalangan, bukan di kalangan

    Balas
  • Kadang kala kesalahan tatabahasa ini tidak disedari oleh para blogger.Secara jujurnya saya juga ada melakukan kesalahan tatabahasa seperti yang kak MM senaraikan ini. Rasanya sudah sampai masanya saya mengurangkan kadar kesalahan tatabahasa didalam penulisan saya yang akan datang. Teguran ini sedikit sebanyak menyedarkan saya dengan kesalahan yang biasa saya lakukan.. =)

    Balas
  • tatabahasa memang sengaja langgar.. ejaan pun macam tu jugak hihi

    Balas
  • Tatabahasa, saya tak faham sangat tentang tatabahasa. Keliru. Tapi sekarang ini saya cuba menulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul. Cuma, saya abaikan tentang tatabahasalah… :-)

    Balas
    • takpe, sekurang-kurangnya mencuba untuk menulis dengan betul sudah dikira sebagai usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Tak kiralah ianya slanga atau caca marba tatabahasanya. :)

      Balas
  • Salam. Artikel ini amat menarik perhatian saya. Memang ramai dalam kalangan penulis hari ini yang gagal mematuhi hukum tatabahasa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memartabatkan bahasa kita.

    Balas
    • Waalaikumussalam zam,
      Insya-Allah… mana yang baik kita jadikan pengajaran. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan memberikan pendapat ke teratak buruk saya, terasa diri amat dihargai. Salam manis buat kamu.

      Balas
  • assalammualaikum.
    perkataan ‘war-warkan’ pada isi ‘Kesalahan penggunaan di.’ perlu diperbetulkan.
    perkataan war-war perlu diganti kepada ‘wara-wara’ atau ‘uar-uar’

    Balas
  • keracunan bahasa? huhu.

    memang tidak dinafikan, berlaku dikalangan blogger. Nak buat macam mana, kan. Silap tu biasa. Kekadang, memang sakit jiwa gak baca karangan yang pelik-pelik camni. hehe.. :x

    Balas
  • Assalamualaikum MM…
    Pernah juga terfikir untuk menghasilkan artikel yang jika tidak sifar pun, kurang sedikit kesalahannya. Namun konteks dunia blog yang terlalu terbuka serta terzahirnya kelesuan para pejuang bahasa di peringkat nasional merencatkan semangat.
    Dahulu saya fikir saya agak rapat dengan isu-isu bahasa. Majalah Pelita Bahasa tidak pernah ketinggalan. Sekarang sudah semakin tawar rasanya. Lebih-lebih lagi dengan barisan kepimpinan politik yang kurang mesra Bahasa Kebangsaan…

    Balas
    • Wa’alaikum salaam wr.wb,
      syukur Alhamdulillah kalau perasaan cintakan bahasa kebangsaan masih ada di kalangan kita. Setuju Abgreds, kadang-kadang kita perlu ikut rentak pembaca. Jangan terlalu menekan kerana perbuatan tersebut hanya akan semakin menjauhkan kita dengan mereka. Sekarang ini pun saya cuba mengubah konsep dengan menyebarkan peri penting penggunaan Bahasa Melayu melalui konsep pujuk dan pikat sesuai dengan selera pembaca muda kita. Tanpa mereka siapalah kita. Bukan begitu Abgreds? Cuma satu yang saya kurang bersetuju perihal perasaan tawar hati Abgreds terhadap penggunaan bahasa kebangsaan.

      Balas
  • syukurlah ada mama yg mengingatkan..semuanya perkara asas dalam menulis..ada lg satu yg biasa orang buat salah ialah “dari” dan “daripada” bila merujuk kepada tempat dan sebagainya. ramai sungguh yang tak berhati-hati.kadang2 rasa macam nak cubit je.huhu

    Balas
  • betul tu. kadang-kadang, selalu juga silap tatabahasa. hehe..

    Balas

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: