6 kesilapan semasa menulis blog

by Mama Murai™ . on 8 October, 2010

Kebelakangan ini saya menerima beberapa kritikan yang cukup pedas untuk diterima seorang wanita kerdil seperti saya. Kononnya saya sentiasa mahukan kemenangan. Saya juga dituntut agar melupakan perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan walhal inilah satu-satunya harta yang saya warisi daripada nenek moyang saya sejak berabad yang lepas. Artikel-artikel mencela silih berganti dengan satu tujuan, untuk menjatuhkan pencinta sastera seperti saya. Mengharapkan agar saya pesimis dengan segala omong kosong mereka!

Lihatlah kawanku, ini mungkin akibatnya bila manusia itu terlalu dimomokkan dengan pujian melangit. Mereka seperti sudah tidak boleh disentuh dan dinasihati lagi. Telinga mereka hanya boleh mendengar pujian seperti mana peribahasa Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. Mereka lupa bahawa sepahit-pahit mambu, kelatnya juga yang menjadi ubat. Saya kadang-kadang terfikir, adakah perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan kini jauh lebih sukar daripada mendapatkan kemerdekaan di tangan penjajah.

Jika yang memberi pandangan itu bukan dari kalangan sebangsa, saya tidak hairan sangat mengapa saya begitu dikecam kerana acap kali mempersoalkan penggunaan bahasa rojak dalam penulisan blog. Tetapi apa yang cukup menyedihkan saya, hinaan itu datangnya daripada mereka yang sebangsa, yang sama warna kulitnya, justeru yang sama jantina dengan saya! Blog saya dicemuh dan dihentam. Kononnya hanya berdiri di atas tiket tersebut. Saya pelik kenapa mereka gagal memandang suara-suara keras saya sebagai satu motivasi? Kenapa bukan hujah saya yang mereka telusuri dan diskusi?

Nasihat saya, lupakan hasrat busuk itu. Saya tidak akan pernah dan sesekali berhenti dari mengangkat nilai bahasa saya. Jauh sekali menyerah kalah kepada pejuang-pejuang bahasa sampah yang tanpa jati diri. Ingat itu.

Lupakan mereka yang berfikiran jumud, kita balik kepada artikel saya kali ini yang agak panjang. Sesuai dengan tajuk yang saya buat. Kepada ‘mereka-mereka’ yang malas untuk membacanya, jangan segan, sila tekan tanda “X” di bahagian ‘browser’ masing-masing. Artikel ini sememangnya tidak sesuai untuk anda.

1. Menulis dengan menggunakan perkataan yang singkat
Jangan samakan menulis blog dengan menghantar pesanan ringkas. Rasional penggunaan perkataan yang singkat pada SMS ialah jumlah karakter yang dihadkan untuk satu pesanan. Menjadikan setiap huruf itu amat bernilai. Sedangkan menulis artikel di dalam blog tidak dihadkan untuk suatu jumlah tertentu. Menulis dengan terlalu banyak singkatan bukan sahaja memeningkan kepala pembaca untuk terus membaca artikel anda, malah kadang-kala ianya boleh disalahertikan kepada satu maksud yang lain! Dengan menulis perkataan yang sempurna sifatnya, anda bukan sahaja sedang menunjukkan kepada pembaca sejauh mana tahap profesionalisme dan kemahiran menulis yang anda miliki. Justeru mencerminkan anda sedang menulis dengan minda yang sedar.

2. Tidak gramatis
Ramai yang mengambil mudah mengenai prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul ketika menulis blog. Mereka seperti tertekan dan terlalu mengejar masa untuk menghasilkan artikel kilat. Kononnya dengan mengemaskini blog setiap hari, jenama mereka akan laris seperti mana yang pernah saya huraikan dalam artikel saya yang terdahulu (5 sebab kenapa anda gagal menjadi seorang penulis blog). Sedangkan teori ini belum pernah terbukti menjadikan mana-mana blog terkenal selepas mempraktikkannya. Semua itu hanya akan berbalik kepada pengolahan ayat si penulis itu sahaja. Kesannya hasil penulisan menjadi kabur, kurang jelas, dan tersendat-sendat walau isi kandungan di dalamnya cukup bagus untuk diketengahkan kepada umum.

3. Topik Stereotaip
Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan. Persoalannya kenapa perlu terdesak untuk menghasilkan artikel yang sama seperti penulis lain? Pelajari bagaimana memanipulasikan pendapat orang lain untuk kegunaan sendiri. Sebagai contoh sekiranya penulis lain menulis mengenai perkara yang perlu dielakkan semasa menulis blog, apa kata anda mengolahnya menjadi perkara yang perlu dilakukan semasa menulis blog pula selepas itu. Dengan demikian anda akan mempunyai pelbagai topik untuk diperbincangkan. Bukankah pendapat itu mencakupi bidang yang amat luas? Cuba praktikkan 5W 1H dalam penulisan seharian.

4. Menggunakan bahasa rojak & tidak pandai berbahasa
Lihat contoh di bawah

“I tend to agree with u. menulis blog is bergantung to mood dan tidak terburu-buru. WTF.. sometimes ade jer yg tak kene with our entry kalau nak cepat sgt publish”

Soalan saya adakah petikan yang sengaja saya reka itu menimbulkan kesan di hati anda? Tidak bukan. Maka jangan melatah jika ada yang mengatakan bahawa penulis blog kita dewasa ini sudah menyimpang jauh dari landasan sebenar, seiring dengan pudarnya seni dan warna dalam hasil tulisan. Membaca tulisan pun sudah seperti membaca angka-angka matematik kepada saya. Inikah kononnya ayat daripada seorang terpelajar? Bila dengan jelas mengeluarkan perkataan yang merosakkan keindahan lidah bangsa sendiri? Jangan taksub kawan-kawan! Jangan bunuh warisan sendiri!

5. Mengutuk secara terbuka
Melayu sememangnya hidup dalam dunia penuh sindiran sehinggakan ada diantara kawan-kawan saya yang pernah bergurau, bukan melayu namanya kalau tidak pandai menyindir. Tapi satu yang perlu anda ingat, menyindir itu tidak boleh disamakan dengan mengutuk! Sekiranya perlu, gunakan bahasa berkias tanpa menujukan kepada mana-mana sasaran. Biar berbentuk umum. Ingat! lumrah manusia tidak suka dihina seperti mana peribahasa melayu yang berbunyi pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan.

6. Penggunaan perkataan yang klise
Jangan menulis dengan menggunakan perkataan yang terlalu kerap diulang sehingga keistimewaannya hilang di mata pembaca. Sesekali apa kata anda perbaharui kosa kata dengan ungkapan yang jarang kedengaran seperti perkataan boombastik. Percayalah kesannya nanti akan jauh lebih hebat berbanding artikel biasa.

Artikel menarik yang masih segar:

56 comments… read them below or add one

1 2 3 4 5

coklat November 18, 2010 at 9:11 AM

assalamualaikum..

saya bersetuju dengan isi entri ni mama..banyak info yang saya dapat dengan membaca blog mama ni..saya juga percaya penggunaan kata yang baik-baik mampu menarik pembaca bukan? tertarik dengan kesilapan penulis blog yang mengutuk secara terbuka..harap mama dapat terima kritikan mereka ini dengan terbuka juga ye..sekali lagi, balas kritikan mereka juga dengan kata-kata yang baik..’hasrat busuk’, ‘mereka yang berfikiran jumud’ bukankah tidak sedap di dengar..saya suka penulisan mama..sama-sama perjuangkan bahasa melayu ye..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru coklat…Golongan Kata Bahasa MelayuMy Profile

Reply

syahrilhafiz October 19, 2010 at 9:53 PM

fuh kemas..
mantap, saya suka teguran macam ni
tapi tengok la,
ramai je buat tak tahu hal ni..
bahasa rojak + bahasa SMS = Hancur.. :smile:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru syahrilhafiz…Cara-cara install Ubuntu 1010 AlternateMy Profile

Reply

zahidah October 17, 2010 at 11:15 AM

thanx for the info sis…blog saya pun pakai bahasa rojak….tatabahasa pun memang tunggang langgang….kesian dengan cikgu bm yang ajar saya…huhuhuhuh
Apa kata korang baca juga artikel terbaru zahidah…nfahks GIVEAWAYMy Profile

Reply

cik dara October 15, 2010 at 4:12 PM

saya sokong mama murai,w/pun dlm blog sy bahasa masih cmpur aduk tapi sedikit demi sedikit utk berubah..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru cik dara…Apa rasa selalu jadi perhatianMy Profile

Reply

denaihati October 13, 2010 at 12:07 PM

Berblogging juga adalah platform untuk mengasah menulis dengan betul tetapi memang ramai yg tak ambil kisah. Ramai yg guna blog untuk meluah isi hati ikut undang2 sendiri tanpa merasai bahawa penulisan kita di baca oleh seseorang.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru denaihati…Bloggers Malaysia VS MenteriMy Profile

Reply

julicavero October 13, 2010 at 10:06 AM

mudah2anlah saya tidak masuk kedalam 6 hal diatas…yg penting nulis dengan kontent yang bagus dan tentunya bisa dicerna oleh pembaca

Reply

zmah October 12, 2010 at 6:35 PM

Setuju…menulis dengan idea kita sendiri
Apa kata korang baca juga artikel terbaru zmah…Trans-Borneo Day 5 View Dragon InnMy Profile

Reply

celoteh October 12, 2010 at 3:47 PM

:|
wah, jadi pengen maen ke malaysia…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru celoteh…Pamanku dan Sekuntum Anggrek di Senja hari…My Profile

Reply

Lucky dc October 12, 2010 at 1:30 PM

Bahasa rojak tuh bahasa apa ya?
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Lucky dc…Pergi ke Pasar Seni ITB 2010My Profile

Reply

Mama Murai™ . October 12, 2010 at 2:45 PM

Bahasa rojak itu adalah struktur ayat yang diselang-selikan dengan perkataan english.

Reply

Berpikir Positif October 11, 2010 at 9:47 PM

meski tak bisa mengerti sangat namun saya nak ucapkan hormat kepada niat baik anda untuk membangun kontent berkualitas, sayapun ucap terimakasih telah bersedia melawat ke blog saya yang sederhana pula, salam kenal jiran
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Berpikir Positif…Pingin Ketawa SendiriMy Profile

Reply

1 2 3 4 5

Leave a Comment

CommentLuv badge

2 trackbacks

Previous post:

Next post: