Menulis tidaklah sesukar mana memandangkan kita telah pun diajar menulis sedari umur 6 tahun lagi. Cuba bayangkan berapa patah perkataan yang kita tulis sepanjang 12 tahun bersekolah. Berbillion, cukup untuk memenuhi sebuah lori dengan buku-buku kerja rumah kita selama itu. Tapi yang peliknya kenapa kebanyakan daripada kita gagal untuk menjadi seorang penulis blog yang baik? Tanya dengan diri sendiri, adakah kita termasuk dalam golongan di bawah.
1. Terlalu mengejar date line, SEO, dan imbuhan
Ini yang selalu berlaku kepada penulis blog segera. Apa yang ada di kepala mereka hanyalah SEO dan mendapatkan imbuhan segera walau hasil tangan mereka tidaklah seberapa. Fokus mereka sering terganggu kerana terlalu dipengaruhi oleh tutorial yang salah daripada penulis blog yang lebih senior. Kononnya untuk menjadi seorang penulis blog yang popular blog mereka harus dikemaskini paling kurang setiap hari atau 2 kali sehari. Natijahnya, tekanan untuk menyiapkan artikel segera yang hanya berpaksikan ‘daily update’ akan semakin meningkat dan hasilnya… Hampeh. Saya pelik bagaimana mengemaskini blog boleh mempengaruhi jumlah pelawat? Kadang-kadang saya tersenyum sendiri, menulis blog sudah seperti makan ubatlah pulak. Kena ada dateline segala.
Salah persepsi tue dik, sepatutnya apa yang perlu anda buat ialah perkukuhkan jenama blog terlebih dahulu. Biar dikenali oleh orang lain. Dan untuk dikenali, buat artikel yang menarik perhatian. Ambil masa untuk olah ayat dan isi yang hendak anda sampaikan. Kalau boleh buat kajian secara terperinci untuk memahirkan diri sendiri dengan isu yang bakal anda kupas agar boleh memberi jawapan kepada pembidas anda kelak. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai jadi arang pastikan artikel yang anda kupas menyentuh perasaan pembaca.
Percayalah artikel dalam blog yang setahun sekali dikemaskini atau mengambil masa untuk disiapkan adalah jauh lebih bermakna daripada blog segera yang dikemaskini setiap hari. Tidak perlu bergantung dengan hasil SEO atau enjin carian untuk menjadi penulis terkenal. Dengan memberikan perhatian kepada pengunjung sedia ada dan penjenamaan blog sudah mencukupi. Bila jenama anda sudah dikenali, pembaca akan datang sendiri tanpa diundang.
2. Gagal untuk menjadi seorang pembaca yang baik
Anda hanya ingin orang mendengar pendapat sendiri, pendapat orang lain anda tolak ketepi. Pokoknya biarkan orang mengunci mulut untuk mendengar celoteh anda. Tidak adil melayan orang seperti itu, anda seharusnya belajar berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. Beri peluang kepada mereka untuk meluahkan isi hati dengan membaca hasil tulisan mereka. Lagipun banyak faedah yang kita boleh dapat dengan membaca idea penulis lain. Sekurang-kurangnya anda boleh menggunakannya sebagai modal penulisan.
Anda lupa sebenarnya seorang penulis yang baik adalah seorang pembaca yang baik juga. Beliau berjaya mengeksploitasi kandungan dan idea orang lain untuk membentuk satu artikel yang mantap. Cuba bayangkan hasil artikel daripada 10 individu berbeza mengenai isu yang sama? Hasilnya nanti jauh lebih menarikkan? Justeru jangan jumudkan fikiran dengan prinsip ‘you listen, i teach’
3. Malas memberikan komen dan membaca blog orang lain
Minta maaf kalau anda termasuk dalam kategori mereka yang malas membaca blog orang, jauh sekali memberikan komen. Sudah terang lagi bersuluh anda adalah seorang penulis yang pentingkan diri sendiri. Nasihat saya jangan marah kalau orang lain memulangkan paku keras kepada anda suatu hari kelak. Sentiasa ringan tulang memberi komen yang membina kepada penulis blog yang lain kerana kebiasaannya si pemilik juga akan turut bertindak dengan cara yang sama sebagai tanda menghargai kamu. Dengan memberi komen juga anda sebenarnya sedang mempromosi diri untuk dikenali. Berilah komen yang bernas, relevan dengan tajuk dan pendapat anda mengenai isu yang sedang diulas oleh penulis. Bukannya dengan komen berbentuk spam yang menampakkan anda tidak membaca langsung artikel mereka. Backlink mungkin penting tapi jangan lupa percambahan ilmu jauh lebih bermakna daripada itu.
4. Meniru kandungan, identiti dan cara penulisan penulis terkenal
Pernahkah anda singgah dalam mana-mana blog kemudiannya mendapati kandungan dan cara penulisannya sama seperti penulis popular? Ini yang kerap kali berlaku dalam dunia penulisan blog. Penulis hilang identiti sendiri dan lebih cenderung kepada cara penulisan penulis popular yang lain. Saya akui menulis dengan cara ini akan berjaya menaikkan nama blog masing-masing. Tapi tidakkah ia lebih berat kepada kepalsuan dan plastik? Mungkin mereka yang bergelar penulis bertunjangkan selembar kertas bernama Ringgit Malaysia tidak kisah mengenai maruah diri mereka yang jelas tercalar, tetapi bagaimana dengan mereka yang kononnya memperjuangkan dan memenuhi minat menulis yang membuak-buak? Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh
5. Menggunakan tatabahasa yang teruk dan mengada-ngada
Jangan jadikan bumi mana yang tidak ditimpa hujan sebagai alasan mengapa tatabahasa anda kelihatan sungguh teruk di mata pembaca. Itu adalah alasan yang sungguh jelek dan bodoh pernah saya dengar. Sebab itulah saya selalu tekankan jangan terburu-buru dan terlalu mengejar dateline dalam menulis. Rahsia terbesar seorang penulis terkenal ialah mempunyai editor yang akan memberi pandangan hasil tulisannya atau sekurang-kurangnya bertindak sebagai editor dalam masa yang sama. Sekiranya perlu baca semula hasil artikel anda beberapa kali sebelum diterbitkan. Tengok semula ejaan, tatabahasa dan tanda baca yang anda gunakan sebagai sentuhan terakhir dan pastikan kesemuanya betul sebelum menemui pembaca. Tentukan juga penggunaan ayat slanga dan mengada-ngada dihadkan bagi mengelakkan pembaca berasa bosan dengan hasil tulisan anda. Ingat tulisan mencerminkan kredibiliti anda! Jangan pandang enteng semua hasil tulisan anda melainkan anda sememangnya berniat memegang status penulis kampung.

memang entry yang best.. tapi sayang nak baca banyak lagi tak boleh..dia cakap status 404 ape ntah..nape ek? :/
artikel terbaru hasbullah yusof…5 perkara bodoh yang anda buat tanpa disedari
Twitter: mamamuraidotcom
March 12, 2011 3:31 pm
Assalaamu`alaikum saudara Hasbullah,
minta maaf di atas segala kesilapan dan kesulitan yang terpaksa saudara hadapi semasa melayari blog ini.
Bukan tidak boleh dibaca, tapi plugin Linkwithin saya mempunyai sedikit masalah. Oleh itu saudara perlulah mencari artikel yang saudara suka pada halaman pertama blog ini. Akhir sekali terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkunjung ke teratak buruk saya.
Salam manis…
Saya pun sebagai blogger baru masih lagi belajar dari blogger2 yang lebih senior.Semasa saya memakai blogspot dahulu,banyak benda yang saya belajar baik dari segi penulisan mahupun teknikal.Malah dari segi trafik pula,saya hanya mensasarkan jumlah pembaca sekitar 100++ sahaja sehari.Lebihan masa yang ada digunakan untuk belajar daripada blog orang lain.Sedar dengan kualiti penulisan yang masih lemah menyebabkan saya terus berusaha untuk menjadi lebih baik..
P/s:Semakin hari semakin tergoda pula dengan entri di MM ni…hi
artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Jejaki rakan anda melalui Nombor Telefon Bimbit GPS
Ini betul sekali Mama Murai …
Dan jika boleh saya menambahkan …
Mungkin juga waktu yang terbatas … ditambah kesibukan bekerja atau kesibukan tugas bersekolah ikut membuat kegiatan Blogging menjadi a bit left behind …
Salam saya
Salam hangat dari Indonesia