3 sebab kenapa anda perlu baca blog Indonesia

by Mama Murai™ . on 4 September, 2010 · 34 comments

4 hari tanpa menulis blog bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Kalau setiap hari saya berkesempatan menulis satu artikel, ini bererti sudah 4 artikel yang saya lepaskan macam itu saja demi memenuhi aktiviti ber”blogwalking”. Memang merugikan untuk blog yang baru mencari nama seperti blog saya. Tapi saya tidak kisah sangat, sebab banyak benda baru yang saya belajar melalui aktiviti blogwalking secara besar-besaran. Terima kasih kepada semua yang terlibat, sekurang-kurangnya minda saya terbuka melihat dunia. Walau bukan melawatnya sendiri tapi cukup dengan hanya berbekalkan tulisan penulis lain.

Tidak banyak yang ingin saya sampaikan kali ini, hanya ingin berkongsi 3 alasan kenapa anda perlu membuat transformasi minda dengan membaca blog penulis negara jiran kita Indonesia, yang begitu bagus di mata saya.

  • Mereka ikhlas dalam menulis
  • Jangan samakan nawaitu penulis Indonesia dengan Malaysia, pada saya ia bagaikan langit dengan bumi! Saya bukannya memihak kepada mana-mana penulis atau telah digula-gulakan untuk berbicara sedemikian. Tapi saya mengulasnya berserta dengan bukti yang cukup jelas. Boleh dilihat dengan mata kasar walau cuba diselindungkan oleh ayat penuh drama. Cuba tanya pada diri sendiri berapa ramai daripada penulis kita ikhlas menulis tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Atau berapa kerat daripada kita memerah otak menghasilkan artikel atas tiket cintakan kesusateraannya? Amat sedikit bukan.

  • Sumber ilmu
  • Serius saya belum pernah lagi melihat penulis blog melayu yang sanggup berkorban menjadikan blognya sebagai sumber maklumat yang berasaskan pengetahuan sebagai menu utama penulisan blog (kecuali beberapa nama besar khususnya ustaz-ustaz yang rajin menyampaikan dakwah) termasuklah Mama Murai sendiri! Ini jauh berbeza dengan penulis Indonesia, carilah apa-apa maklumat sekalipun daripada yang berkisar bidang sastera sehinggalah kepada sains perubatan, semuanya ada dan siap untuk disajikan kepada pembacanya.

  • Penggunaan bahasa yang cukup indah
  • Walaupun terdapat sedikit perbezaan bahasa di antara Bahasa Malaysia dengan Bahasa Indonesia, itu tidak dapat menghalang saya daripada merasai keindahan lenggok bahasa penulis mereka. Susunan ayat yang begitu tertib dan disulami kesopanan cukup menarik hati saya untuk terus membacanya. Ini jauh berbeza dengan penulis blog kita yang sering menggunakan ayat slanga, kasar dan bercampur aduk dengan bahasa Mat Salleh. Okey jangan salahkan mereka, ini mungkin salah satu cara menulis gaya sendiri seperti mana kata kak Siti di dalam blognya. Tapi tidakkah ia sangat pelik bila kita terpaksa mengorbankan Bahasa sendiri untuk memberi peluang kepada perkembangan bahasa asing?Kenapa perlu mencacatkan lagi bahasa kebangsaan sedangkan kita tahu Bahasa Malaysia jauh lebih indah daripada Bahasa Inggeris itu sendiri.  Kalau betullah dah tak fasih sangat menulis dalam bahasa melayu, bukankah lebih baik mereka yang saya maksudkan ini menulis dalam Bahasa Inggeris seperti Zezebel atau Hikari sahaja selepas ini? Buktikan yang korang semua fasih berbahasa inggeris kepada penjajah kita, bukan dengan merosakkan kedua-duanya.

    Saya tak berniat pukul anak sindir menantu, tapi ini sememangnya gambaran sebenar dunia penulisan blog tanahair. Kepada mereka yang enggan atau belum pernah lagi merantau mencari ilmu dalam blog penulis luar terutamanya jiran serumpun kita, pinta saya, ubahlah persepsi jumud tu. Jangan seperti katak di bawah tempurung dengan hanya melihat hasil tangan penulis tempatan, hidup berkroni dan berkasta. Saya berani jamin, hasil tulisan tetangga kita jauh lebih berkualiti daripada apa yang kita ada.

    Penulis kita? Rasanya tak perlu memerah otak mencari bahan artikel. Hanya sajikan mereka dengan cerita bagaimana anda mendapat buffered earning, nuffnang, innity, wang ringgit, review dan ucapan terima kasih yang tiada penghujungnya sebagai perencah utama blog.

    Artikel menarik yang masih segar:

    { 33 comments… read them below or add one }

    1 2 3

    eryati March 3, 2012 at 7:28 PM

    MM..saya memang pernah mengikuti penulis blog dr negara jiran kita tu..dan mengejutkan saya disajikan dengan caci maki kepada rakyat negara kita dan negara MALAYSIA. Sampaikan mereka gelarkan malaysia dengan MALAYSIAL. dan entah berapa banyak kata caci maki mereka dalam blog itu. Selepas dari itu sy hentikan tengok blog dr seberang sana…
    Jom baca artikel terbaru eryati …. S.U.N.Y.I tanpa dua insan iniMy Profile

    Reply

    penadigital February 15, 2012 at 11:53 PM

    saya selalu juga mendapatkan tips dan tutorial dari sana
    Jom baca artikel terbaru penadigital …. Atas Nama Cinta – Slot Akasia TV3My Profile

    Reply

    jonibalbo July 19, 2011 at 4:05 PM

    salam kenal, saya dari Jogja ..
    artikelnya menarik dan saya merasa ikut tersanjung :)
    bila berkenan singgahlah di blog saya, terimakasih..

    Reply

    Setya Amrih Prasaja,S.S. November 23, 2010 at 12:21 PM

    Nggih panci ngaten punika mama……..

    Reply

    Setya Amrih Prasaja November 12, 2010 at 3:27 PM

    Nggih leres punika, kula ugi sarujuk lan ngayogyani atur pangandikan para kadang bloger saking MALAYSIA punapadene ingkang saking INDONESIA…..ingkang baken mangga sesarengan MAMAYU HAYUNING BAWANA……..

    Reply

    shaharil October 31, 2010 at 8:17 PM

    Blogger dari Malaysia dan Indonesia mempunyai kelebihannya masing-masing. Jadi, kita gunakan kelebihan yang ada pada mereka. Supaya kita lebih menjadi lebih baik pada masa akan datang. :)

    Reply

    hyprobulksms October 22, 2010 at 2:44 PM

    Sebenarnya lebih kurang sahaja, bezanya jumlah penulis blog Indonesia mungkin lebih ramai, kalau mereka dikatakan menulis dengan gaya bahasa lebih indah itu pun kurang tepat. Ini berkaitan etnik dimana Jawa itu memang lebih terkenal lemah lembutnya dari Melayu, sedikit sebanyak mempengaruhi gaya penulisan. 8O Jom baca artikel terbaru hyprobulksms …. Hyprobulksms- pilihan affiliate andaMy Profile

    Reply

    nh18 October 19, 2010 at 11:11 PM

    Mama Murai …

    Sebagai blogger Indonesia Saya sangat tersanjung dengan tulisan ini …
    Namun demikian …
    Menurut pendapat saya … siapapun mereka … dari manapun asalnya …
    Pastilah ada yang baik dan pasti juga ada yang kurang baik …
    Blog di Indonesia … saya rasa juga ada beberapa yang menampilkan bahasa yang kurang patut, kasar, impolite dan sebagainya juga … (disamping banyak juga yang menggunakan bahasa yang bagus …).

    Saya kurang tau bagaimana Blogger di Malaysia … namun saya pikir … Blog-blog di Malaysia yang bagus pun saya rasa tidak kalah banyaknya dengan yang di Indonesia …

    Demikian pendapat saya Mama Murai

    Salam hangat dari Indonesia

    Reply

    jerawat October 2, 2010 at 12:35 AM

    Asslmkm..
    Maaf Mama, saya tersesat di Malaysia dan sekarang saya mampir ke sini.
    Artikel Mama bagus, semoga persahabatan Indonesia dan Malaysia tetap terjaga.
    Wsslm..

    Reply

    1 2 3

    { 1 trackback }

    Leave a Comment

    CommentLuv badge

    Previous post:

    Next post: