Seperti yang pernah saya janjikan dahulu (baca entri tersebut), kini tibalah masanya untuk saya umumkan Give Away pertama daripada saya bersempena ulang tahun ke-2 blog Mamamurai[dot]com. Tak payah risau ok, syaratnya memang mudah dan klise gitew. 100% import dari blog Mynewshub dan Denaihati.

Ehem… dengan ini saya merasmikan GA berbentuk insentif tunai untuk top referrer blog Mama Murai [dot] com, dan syarat-syarat ialah;

1. Insentif ini istimewa untuk blog yang memberi top referrer berdasarkan pengiraan Google Analytics.

2. Hanya 10 blog yang mendapat pengiraan tertinggi pada setiap bulan layak untuk menerima insentif ini.

3. Insentif ini bermula 15/01/2012 sehinggalah dimaklumkan kelak.

[ Teruskan membaca → ]

{55 komen panas}

Cara mendapatkan traffik

by Mama Murai™ . on 27 January, 2012 · 16 comments

Bila saya lihat satu persatu blog melayu yang ada di alam maya ini tersungkur layu kerana gagal mendapatkan wang internet, saya sedih. Kesian melihat mereka kerana gagal mendapatkan panduan yang secukupnya daripada senior-senior yang sudah lama berjaya. Saya akui ada di antara senior-senior tersebut yang baik hati berkongsi rahsia kejayaan masing-masing dengan pembaca, malangnya tidak ramai yang memberikan tips berdasarkan pengalaman sendiri. Kebanyakannya hanya memberikan tips mudah yang tidak banyak membantu pemblog baharu.

Bertitik-tolak daripada itu, saya dengan serendah hati telah mengambil inisiatif sendiri dengan mencatat segala rahsia traffik yang saya amalkan selama ini untuk dijadikan panduan kepada pembaca yang berminat mengetahuinya. Semoga ianya bermanfaat.

1. Buat artikel mengenai gosip
Saya rasa semua dah tahu, blog yang bercerita mengenai artis dan gosip merupakan blog nombor 1 di Malaysia. Apa ironinya itu? Rakyat kita memang inginkan cerita hiburan sahaja! Oleh itu perbanyakkan artikel gosip. Kalau anda tidak suka menyebarkan aib artis, anda boleh menukarkannya kepada entri perkahwinan artis, pra perkahwinan artis, cerita artis mendapat anak, artis bertudung, berita artis meninggal, filem dan lirik lagu terbaru artis kegemaran anda.

[ Teruskan membaca → ]

{16 komen panas}

Wordless Wednesday #10 | Ada apa dengan Bukit Merah

by Mama Murai™ . on 25 January, 2012 · 4 comments

bukit merah lake town

Percutian ke Bukit Merah Water Park

Hari rabu adalah hari di mana pemblog memuatnaik gambar di dalam blog mereka tanpa meletakkan apa-apa perkataan untuk menerangkan gambar tersebut. Biar gambar yang menceritakan segalanya.

{4 komen panas}

betul ke masa depan penulis blog peribadi gelap?

by Mama Murai™ . on 23 January, 2012 · 15 comments

Selalu benar saya mendapat pertanyaan sebegini, betul ke masa depan penulis blog peribadi suram berbanding mereka yang menulis informasi. Jujur saya katakan bahawa jawapan bagi soalan itu mungkin ya dan boleh jadi juga tidak, bergantung kepada pembawaan masing-masing.

Kenapa tidak? Sebab sudah jelas terbukti, ramai di antara pemblog yang menulis kisah peribadi sudah berjaya dalam arena penulisan blog. Dan percaya atau tidak, jumlah mereka sebenarnya lebih ramai berbanding wartawan tidak bertauliah yang setiap hari duduk bercokol menanti berita terbaru daripada akhbar online.

Satu yang perlu anda ingat, pembaca sebenarnya dahagakan penulisan yang istimewa. Maksud saya yang luar daripada imaginasi mereka. Dan untuk mendapatkan penulisan sebegitu anda perlu menjadi diri sendiri dengan meluahkan apa yang anda rasa, bukan apa yang telah dibaca atau yang anda dengar. Jangan takut dikritik kerana menyuarakan pendapat luar dari kotak pemikiran. Berpura-pura menjadi orang lain hanya akan membataskan kreativiti kamu sahaja.

Lagipun dengan berbuat demikian skop tulisan kamu akan menjadi lebih luas.

[ Teruskan membaca → ]

{15 komen panas}

Dengar cerita, tahun naga yang merupakan haiwan kelima daripada 12 haiwan dalam kalendar zodiak Cina adalah tahun yang cukup dinanti-nantikan oleh orang-orang Cina kerana ianya dikatakan penuh dengan keberuntungan. Tambah menarik bila ianya secara kebetulan jatuh kepada tahun naga air yang dianggap sebagai tahun yang paling gemilang dan menjanjikan kejayaan di dalam segala bidang.

Menurut pakar-pakar seo feng shui, tahun 2012 dikenali sebagai Tahun Naga Air kerana adanya batang langit yang berunsur air positif (Ren) dan cabang bumi yang berunsur tanah positif (Chen).

Salingkaitan yang kuat di antara naga yang dianggap makhluk mistik dengan air dan kehidupan secara tidak langsung mewujudkan keseimbangan seterusnya memberi tuah kepada manusia.

Seperti yang diketahui ramai, air merupakan sumber paling penting buat manusia, umum mengetahui bahawa 95 peratus kandungan badan manusia adalah terdiri daripada air. Malah dua pertiga daripada isi kandungan bumi juga merupakan air. Ini membawa kepada ‘pertumbuhan’ dan keseimbangan kerana dalam teori unsur Cina, air menghasilkan kayu, yang menandakan pertumbuhan dan naga mewakili elemen semula jadi.

[ Teruskan membaca → ]

{8 komen panas}

okey jadi kau betul-betul serius menulis entri SEO?

by Mama Murai™ . on 21 January, 2012 · 14 comments

Assalaamu`alaikum,
rasanya sudah lama benar saya tidak menulis mengenai tips dan tutorial menulis blog. Dan seingat saya, kali terakhir saya berbuat demikian ialah sekitar tahun lepas. Sehubungan itu, saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk menulis entri yang mesra SEO pada kali ini. Mungkin agak panjang dan mengambil sedikit masa untuk dihadam, tapi percayalah, ianya memang bagus untuk anda.

1. Pastikan blog anda mempunyai CommentLuv plugin
Apa yang saya suka dengan plugin ini ialah kita boleh membuat dofollow blog tanpa perlu mengubah comment-template.php seperti yang pernah saya lakukan dahulu. Kenapa perlu dofollow? Sebab artikel anda akan turut terpampang sekiranya kata kunci yang telah ditinggalkan oleh pengkomentar sepadan dengan carian pengguna. Tidak faham? Okey biar saya terangkan berserta dengan screenshot yang saya ambil daripada blog Denaihati.
[ Teruskan membaca → ]

{14 komen panas}

ini blog yang saya baca

January 20, 2012

Saya memang suka makan dan mencuba apa jua resipi yang meyelerakan. Dan sebab itulah blog pertama yang berada dalam senarai saya ialah blog si tukang masak. Salah satu blog yang sangat dekat di hati saya ialah resepi masakan barat komersial. Jangan tanya kenapa saya suka dengan blog masakan yang satu ini kerana saya juga tidak [...]

Teruskan membaca →